↱ DH + ER Special ↲ 여섯

358 52 5
                                    

→20 Oktober 2014

" Kitorang rasa benda ni ada kaitan dengan ilmu hitam " Junhae memulakan kata-katanya.

Mereka yang berada di ruang tamu itu fokus memandang Junhae. Baekwon di sebelahnya hanya mendiamkan diri.

" What? " Jaebum sudah menunjukkan tanda-tanda mahu membantah. Pantas Jinyoung mengerling tajam ke arahnya dan dia segera mendiamkan diri.

" Mungkin jugak " kata Mark tiba-tiba. " Yuki pun dulu guna ilmu hitam kan? " sambungnya.

" Ingat tak kesan bakar kat dapur dan pintu tu? " mereka semua mengangguk.

" Sihir ianua. " sebut Baekwon. " Membolehkan seseorang tembus masuk ke dalam sesuatu tempat berkunci. Tapi akan tinggalkan kesan " terangnya.

" Maknanya memang betullah ada perempuan yang masuk dalam rumah kita hari tu? " Jinyoung memandang Youngjae.

" Nampaknya macam tulah "

" Tapi apa dia nak? "

Mereka diam.

" Okay yang pasal Taehyung tu kan, aku mintak dekat pihak hospital senarai pesakit, pelawat dengan pegawai-pegawai bertugas yang ada waktu tu " kata Junhae sambil mengeluarkan satu fail tebal dari beg galasnya.

" Bukan maklumat macam tu patutnya sulit ke? " soal Jaebum. " Dapat dari Raymond ahjusshi la~ " jawab Junhae dengan sengihan nakal.

" Berdasarkan gambar tu, kitorang syak Taehyung ada dekat Bilik X-Ray. Aku dah pergi tengok bilik tu, and cuba combine dengan gambar yang kita dapat. Memang sama. Aku dah check jururawat bertugas kat situ tapi dia kata takde sesiapa pulak masuk. Lama sikit tu baru aku perasan yang kat pintu ada kesan hitam yang sama " terang Junhae. Fail dibuka lalu diselak satu per satu.

" Jun " Baekwon menahan tangan Junhae. Kepalanya digeleng-gelengkan.

Junhae terdiam. Riak mukanya yang ceria dari tadi kini berubah. Perlahan-lahan tangannya melepaskan fail itu lalu dia tersandar. Baekwon mengeluh berat.

" Apahal ni? " tanya Jaebum, keliru. Tingkah-laku mereka berdua agak aneh pada pandangan mereka.

Junhae menunduk. Air mukanya keruh. Baekwon faham akan perasaan serba-salah Junhae ketika itu lalu menepuk-nepuk bahunya.

Baekwon kemudian memandang mereka bertujuh yang sudah menanti dengan penuh pertanyaan.

" Sejujurnya, walaupun kitorang dapat fail ni dan tempat Taehyung berada waktu tu, kitorang tak dapat cari siapa yang buat semua tu " ucap Baekwon jujur.

" Terlalu ramai orang kat hospital pada hari tu. Dia boleh jadi nurse, pesakit, pekerja am atau pelawat. Sekitar Bilik X-Ray pulak takde CCTV. Kitorang dah periksa CCTV di laluan ke Bilik X-Ray tapi yang muncul cuma glitch dari sekitar pukul 7 pagi hingga 7 malam. Seolah-olah ada someone yang hack CCTV tu. " jelas Baekwon lagi. Mereka semua mendengar dengan tekun.

" As for orang yang terror rumah korang, ada sorang jiran korang yang kata dia nampak seseorang pakai jubah hoodie hitam dan topeng berjalan datang sini pukul 3 pagi macam tu. Masa tu hujan lebat dan dia tengah mengantuk jadi dia sendiri tak yakin tu bayangan atau real. Selain tu, kat sini takde CCTV atau pengawal keselamatan jadi kita tak boleh nak buat apa " di hujung penerangan, Baekwon melepaskan nafas berat.

Death Highschool 「와」 Endless RevengeWhere stories live. Discover now