ER [️ 9 ]

1K 108 7
                                    

Jarum jam sudah menunjukkan pukul 2 pagi. Tapi Mark masih terbaring sambil merenung siling biliknya. Mahu tembus jugak siling tu.

Takpelah nak tido lewat pun. Esok cuti kan 😌

Tapi tak elok jugak tido lewat sangat. Halah bukan risau sangat pasal sihat ke tak. Yang dirisaunya pasal si Jinyoung tu hah. Karang matahari tegak atas bumbung rumah tapi tengah membuta lagi tak memasal terdengar pekikkan bebelan dia yang mengalahkan ustaz bagi khutbah jumaat kat masjid. Jenuh nak tunggu penghujung bebelan dia.

" Sejak bila pulak aku kena insomnia ni? " soal Mark sendirian. Jarang dia tido lewat. Kalau ye pun ada dua sebab je. Satu, Yoongi yang menggedik melompat atas katil dia malam² buta sebab nak kejutkan dia. Dua, sebab nak siapkan projek Sains yang memang tak siap-siap.

Sains.

Membuatkan dirinya teringatkan Woozi dan Yoongi.

Dalam sepi, memorinya memutarkan kisah lama ketika mereka berempat ; Mark, Woozi, Yoongi dan Sohee masih menuntut di Busan dulu. Busan Striple Highschool dah tinggal kenangan bila terbakar disebabkan kebocoran gas makmal sains. Sebab tu jugaklah Yoongi dan Woozi pindah ke Daegu semula. Sekolah hancur, asrama pun kena tutuplah jawabnya.

Mark masih ingat bagaimana Woozi menangis-nangis sampai berhingus-hingus saat memeluknya pada hari terakhir mereka berjumpa, iaitu pada hari dia berangkat ke Taiwan setelah kebakaran itu berlaku.

" Janji kita jumpa lagi tau hyung! "

" Aigoo jangan buat hyung rasa sayang nak tinggal Wooji kat sinilah! Stop buat muka comel tu! "

" Janji dulu!! Baru Woozi berhenti!! "

" Yelah yelah!! Janji!! Lagipun bukan lama sangat hyung pergi. Yang gaya engkau macam hyung nak terjun laut ni dah kenapa? "

" Mana tau lepas ni hyung takmau jumpa aku lagi dah.. "

" Hyung sayang kaulah. Takkan hyung taknak jumpa pulak. Hyung mesti asyik teringat Woozi je kat sana sampai tak boleh buat kerja nanti! "

" Ni yang aku malas kenalkan kau kat pendek ni! Kau bila jumpa natang comel memang sah aku kena palau!! "

" Eii buruklah Yoongi hyung merajuk! Hahahaha!! "

" Ya! Aku tinggal kau jugak karang! "

" Aku yang tinggal hyung dulu nanti! "

" Berani ehh nak tinggal hyung?! Siap engko kalau kita jumpa lepas tu! Hyung tarik pipi chubby engko sampai tercabut!! Sini!! "

" ARGHH MAKEU HYUNG TOLONG!! "

" Euww Woozi janganlah laju sangat lari! Hingus tu berlanggar ngan angin kena kat hyunglah! Yek!! "

Tak lama lepas tu, dia dapat berita yang Sohee ditimpa kemalangan saat hendak ke tapak sekolah yang tinggal cebisan bata hancur.

Mark memejamkan mata dalam sayu.

Agaknya Yoongi dah tarik ke belum pipi tembam Woozi tu? Mesti diorang happy kan sebab diorang dah jumpa balik.

Mark tersenyum sendiri apabila mengigati hari terakhir mereka bergurau senda. Dalam diam air matanya turut mengalir perlahan.

' Bogoshipeo.. Mannanshipeo.. '

' Maaf sebab hyung tak tunaikan janji hyung pada Woozi.. '

" Mark.. " panggil seseorang yang berdiri di muka pintu mematikan lamunan Mark.

Mark mengesat air matanya lalu bangun dan duduk berlunjur dengan selimut masih menutupi pinggang hingga hujung kakinya. Dia memandang ke arah pintu.

Kelihatan Jaebum tengah buat muka acah comel sambil peluk bantal. Mark memandangnya tanpa ekspresi wajah walhal dia sedang menahan rasa hendak menampar muka Jaebum.

" What? " Mark mula menyelubungkan diri dalam selimut.

" Nak tido ngan kau boleh? (・ω・) "

" Bwo? ಠ_ಠ " Mark memandang Jaebum dengan muka skeptikal.

" Kau pikir apa huh? " dengan selamba Jaebum duduk di birai katil. Mark masih memandangnya dengan pandangan blur.

" Air-cond bilik aku rosak weh. Panaslah " Jaebum tersengih. Mark mengangguk kecil tanda faham.

" Hurm.. Pergi tutup pintu tu dulu " usai mengarah, Mark terus membaringkan diri di tepi dinding ; bersebelahan tingkap. Jaebum menutup pintu lalu melayangkan diri sendiri di sebelah Mark.

🍁🍁🍁🍁🍁

Jarum jam baru menunjukkan pukul 5 pagi. Namun seawal itu Mark sudah berada di kawasan berhampiran Sungai Besar Dalseo.

Dia hanya lena selama 2 jam dan ia bermula sebaik sahaja Jaebum berbaring di sebelahnya.

Rasanya Jaebum ada kelebihan untuk buat orang tertidur dalam aura manis dia kot.

Kesimpulannya, kalau tak boleh tido suruh Jaebum tido sebelah korang.

Mark berjalan tenang menyelusuri sungai yang mengalir perlahan. Angin sejuk menderu sepoi-sepoi bahasa. Beberapa buah kereta sudah lalu-lalang di sebuah jambatan berhampiran. Takut lewat ke tempat kerja atau mungkin ada hal lain, terutama sekali para doktor yang 24 jam perlu standby kalau ada emergency call.

Mark dia tak berkata apa. Bosan berada di rumah yang baginya tertutup dan sepi, jadi dia mengambil keputusan untuk ke Sungai Dalseo. Sekurangnya bunyi kocakan air dan cengkerik yang bising macam tak pernah tido tu ada membingitkan telinga.

Mark duduk di sebuah bangju yang menghadap ke arah sungai. Bintang masih kelihatan walaupun mentari mula menjelma.

' Bulan penuh. Mungkin Yuki tak aktif malam ni.. '

' Dah puas aku cari dia kat sekolah tapi bayang pun tak nampak '

' Mana dia menyorok agaknya? '

' Apa yang dia tengah rancang sekarang? '

' Mustahil dia tak tahu diorang bertujuh dah takde '

' Mungkin dia akan cari aku? '

" Urgh! "

Mark menekup wajahnya sendiri. Bunyi desiran air tidak mampu menghalang pertanyaan yang sarat bermain di kepalanya.

Seketika kepalanya terasa berpinar akibat penat membuat andaian, otak turut menjadi kabur dan memerlukan rehat. Tanbahan pula dia tak dapat tidur dalam tempoh secukupnya.

Itu menyebabkan Mark terlena tanpa sedar di bangku dengan hoodie menutupi setengah suku wajahnya.

계속 ❀

Death Highschool 「와」 Endless RevengeWhere stories live. Discover now