ER [ 20 ]

814 98 9
                                    

【 Sabtu, 26 Ogos 20×× 】

+ 10.44 pm +

" Jangan tinggal aku tau " entah kali ke berapa ayat itu diungkapkan Youngjae sampai yang lain semua dah meluat. Tak hingin nak tinggal pun lah. Tinggal satgi kang, kecoh satu sekolah dengan jeritan 'pontianak' jantan.

Jinyoung pula mengambil alih tugas leader selaku yang berjalan di hadapan manakala Jaebum di belakang sekali. Maklumlah dia yang paling tua dan paling matang enn. Budak-budak tak cukup akal ni bukan boleh percaya sangat. Harap je tinggi sorang-sorang.

Berbekalkan lampu handphone yang tak berapa boleh harap, cuma itu menjadi sumber cahaya buat Jinyoung menyuluh-nyuluh jalan yang memang langsung tak nampak, dek kerana cahaya bulan tak terpantul akibat disembunyikan awan hitam. Barangkali malam ini akan menjadi dingin berlipat ganda.

Sebaik sahaja mereka tiba di tangga terakhir yang perlu jejak untuk ke tingkat teratas, Jinyoung berhenti melangkah dan mendiamkan diri. Sesaat kemudian, dia kelihatan seperti sedang termenung jauh. Hanya selepas tubuhnya ditolak oleh Jackson, barulah tangannya bergerak menolak pintu grill berkarat itu ke tepi. Bunyi besi karat bergeser menghasilkan bunyi yang cukup nyaring, kuat dan melukakan telinga.

Cahaya yang sedikit dari handphone Jinyoung dan Jackson yang dipegang Jaebum sedikit sebanyak menerangi kawasan itu. Cuma tak mampulah nak suluh sampai ke dalam sana, jauh dan luas kawasannya tu hah.

" Korang, jom berpecah " cadang Jinyoung. Maknae line yang memang sudah sedia ketakutan semakin mengeratkankan genggaman tangan pada baju manusia yang berada di hadapan.

Jackson menggenggam baju Jinyoung, Yugyeom menarik baju Jackson, Bambam dan diikuti Youngjae pula disertai roll eyes oleh Jaebum melihatkan perangai budak-budak tu lagi-lagi Jackson. Bukan ke dia yang bersungguh lari ke sini tadi?

" Buat apa? Eii taknaklah hyung " rungut Bambam. Namun rengekan terlebih manja itu tak dipedulikan Jinyoung malahan lelaki itu terus membahagikan kumpulan.

" Jaebum, Bambam dan Youngjae pergi sana. Korang berdua ikut aku " arahnya seraya menunjukkan ke jalan yang terbentang di kiri lalu menarik baju Yugyeom dan Youngjae untuk ke kanan . Dengan tidak rela hati, mereka berempat menuruti arahan Jinyoung kerana Jaebum sudah menjegilkan mata macam hantu. Tengok muka macam hantu pun dah kecut, kalau jumpa hantu betul- koma aku rasa.

Dengan langkah yang lembik, lemah dan tersekat-sekat, Youngjae dan Yugyeom menapak mengekori Jinyoung dengan gaya macam nak tumbang pun ada. Sekejap-sekejap pandang kiri kanan atas bawah depan belakang utara selatan barat laut segala tapi Jinyoung 'steady' gitu.

Berhabuk, buruk memang tak payah cakaplah. Dah macam berabad-abad orang tinggal padahal bangunan ni baru dibina setengah abad yang lalu.

Mereka menyelusuri kelas-kelas yang gelap dengan perasaan takut yang semakin berkurangan, sehinggalah mereka dikejutkan dengan bunyi orang menjerit di arah bertentangan.

" Apahal tu? " soal Yugyeom dengan penuh tanda tanya. Tidak lama kemudian jerita intu disusuli bunyi orang berlari pula. Tanpa sebarang rancangan, mereka berlari serentak mendapatkan tiga manusia itu.

✽✽✽

↠ Beberapa minit sebelum ↞

" Jalan cepat sikit boleh tak? " soal Jaebum bengang dengan langkahan kaki Jackson dam Bambam yang berada di tahap lebih lembab dari kereta kura-kura di Jepun. Jackson dan Bambam sudah mencebik dan bergema berjuta ayat yang dituju kepada entah siapa-siapa. Entah Mark yang menghilangkan diri, ataupun Jinyoung yang pandai-pandai bagi arahan, mungkin kepada Jaebum yang memarahi? Senang cerita semualah dia nak maki, kan senang.

Death Highschool 「와」 Endless RevengeWhere stories live. Discover now