ER [ 21 ]

830 94 13
                                    

“ Jinyoung hyung~ ”

Senyap.

“ Tido lagi kut? ”

❝ Gruuukkk ❞

“ Tabahlah wahai perut ” ucap Bambam sambil mengusap perutnya yang sudah bergendang kelaparan.

Jinyoung tak bangun-bangun dari semalam, Jaebum pula bila sedar je tak mampu langsung nak bangun.

Sudahnya semua tak makan sebab takde yang pandai masak selain Jinyoung, Jaebum dan Mark. Yelah bebudak ni memasak tak reti, menyumbat retilah.

Jackson dan Youngjae dah disuruh beli makanan bila kalah main rock-paper-scissor tapi sampai sekarang, genap 2 jam keluar sampai sekarang tak balik. Sah, melencong ke bandar mengurat awek kat sana. Siap kau bila Jinyoung hyung sedar nanti, bebel Bambam dalam hati.

Tiba-tiba Jaebum keluar dari biliknya seraya mengheret dua helai comforter dan sebiji bantal di tangan. Tertanya-tanya Bambam dan Yugyeom dibuatnya. Kemudian dihamparnya sehelai comforter di karpet berhadapan televisyen dan berbaring berselimut si situ. Lembik sangat gamaknya tu.

“ Bukan semalam dia ke paling berani sekali? ” ungkit Yugyeom pelik. Bambam mengangguk laju.

“ Diamlah ” Jaebum bersuaru tiba-tiba. Tidak sampai sesaat mereka mendiamkan diri, loceng rumah pun berbunyi tanda ada yang menekan suisnya.

“ Hah balik pun ” Yugyeom menghempas bantal bulat yang berada di atas ribanya sedari tadi ke sebelah lalu berlari membuka pintu.

“ WOI KORANG MELENCONG KE MAN— Annyeonghaseyo ahjusshi! ” Yugyeom menukar ayat serta-merta ketika melihat kelibat Raymond yang berada di hadapannya, bukan Jackson dan Youngjae. Badannya ditundukkan 45° tanda hormat. Raymond tersenyum mesra.

‘ O-omo.. Ap-appa Mark hyung.. Astaga matilah nak ’ bebel Bambam sendiri. Hatinya mula dipagut cemas.

“ Eh eh masuklah ahjusshi ” pelawa Yugyeom pada Raymond yang sedang menjinjit dua beg kertas di tangan kanan. Raymond melangkah masuk lalu meletakkan beg kertasnya di atas meja makan.

“ Siapa terguling depan tv tu? ” soalnya ketika anak matanya menangkap kelibat Jaebum yang berkelubung selimut di hadapan tv. Segera Jaebum menngeluarkan kepalanya ; memandang Raymond lalu tersengih malu.

“ Sunyi je rumah ni. Mana yang lain ? ” soal Raymond lagi sbil meninjau-ninjau. Bambam sudah mencuit Yugyeom dan menunjuk isyarat muka ‘macam mana ni?’. Yugyeom mulai gelabah apabila teringatkan yang Raymond masih belum mengetahui tentang kehilangan Mark.

“ Err.. J-Jinyoung dengan Jaebum hyung demam, ada je dalam bilik dengan depan tv tu. J-Jackson dengan Youngjae hyung pergi beli makanan dari pukul 9 sampai sekarang tak balik ” jelas Bambam. Raymond terangguk seketika lalu mempelawa mereka makan telur gulung, nasi putih dan sosej yang dibawanya.

Terliur, Bambam dan Yugyeom segera mencapai mangkuk dan mengisi dengan nasi. Elok je makan sampailah Raymond bertanyakan Mark, menyembur terus nasi dalam mulut.

“ Makan tu elok-elok ” pesan Raymond. Bambam dan Yugyeom hanya terdiam. Mati terus selera. Sekarang keduanya terkenangkan Mark. Di mana dikau wahai hyung pendiam. Mohon balik cepat.

“ Mana Mark? ” ulang Raymond. Mereka berdua bertukar riak gelisah.

“ Mark hyung dia emm... Dia... ”

❝ Knock knock ❞

“ Uri wasseo! ” jerit Youngjae dari luar.

“ Weh, loceng ada nak juga kau menjerit ” balas Jackson.

“ Hu-huh? Raymond ahjusshi? ” tanya Youngjae blur melihatkan Raymond yang membukakan pintu. Raymond hanya tersenyum. Perlahan-lahan mereka melangkah masuk.

“ Mark tak ikut kamu berdua? Ahjusshi call dia asyik decline je ” soal Raymond sekali lagi. Kali ini mereka semua terpana, tidak tahu mahu bereaksi bagaimana.

Youngjae menghembus nafas perlahan. Tak guna pun nak berahsia. Ayah Mark ada hak untuk tahu. Cuma tu lah, tak tahu nak mula macam mana.

“ Ahjusshi, duduklah dulu.. ” kata Youngjae gaya lemah. Raymond yang tertanya-tanya hanya mengikut anak muda yang memimpinnya ke sofa ruang tamu. Manakala Jackson, Yugyeom dan Bambam masih lagu terpaku di tempat mereka.

“ Sebelum tu, saya nak mintak maaf sebab kitorang tak bagitahu ahjusshi awal-awal. Sebabnya kitorang tak tahu macam mana nak contact ahjusshi ” ujar Youngjae sambil memandang serius Raymond yang duduk di hadapannya.

✽✽✽

“ MEOGO! ”

Mark terpaksa menahan mual apabila dihidang dengan makanan menjijikkan setiap masa. Kali ini mukanya ditolak paksa menghampiri tikus mentah yang dihidang seperti ayam panggang di restoran mewah. Dengan darah segar masih menjejeh-jejeh. Urgh.

“ MAKAN PUN SUSAH KE SIAL?! ”

“ KALAU SENANG SANGAT NAK TELAN BENDA DI KAU JELAH MAKAN BODOH!! ”

“ MENJAWAB! ”

Sekali lagi tubuhnya dipukul dengan kayu sehingga kerusi di mana dia diikat rebah. Entah berapa hari nasibnya sebegini sepanjang masa. Nasib baik air yang dihidangkan masih air kosong, kalau dia hidang darah? Hamba lagi sanggup minum air liur.

Setelah beberapa ‘pengawal’ yang puas menyeksanya, barulah mereka meninggalkan Mark berseorangan.

Walaupun teruk penangannya bila dikurung sebegini, Mark tidak menyesal walau sedikit pun. Yang dia tahu, dirinya sudah bertemu dengan parasit tak guna yang dicari-cari.

“ Woozi-ya... Hyung takkan mengalah demi Woozi. Yoongi-ah, aku takkan biar dia bahagia lepas apa dia buat kat keluarga kau... ” bisik Mark perlahan sebelum matanya terpejam rapat.

계속 ❀

Death Highschool 「와」 Endless RevengeWhere stories live. Discover now