PROLOG

114K 4.3K 132
                                    

Tajam anak matanya menikam wajah pucat tak berdarah seorang gadis yang sedang menunduk ketakutan.

Jelas tubuh kecil gadis itu sedikit menggigil, esakan halus yang keluar dari bibir munggil gadis itu dapat didengarinya.

Wajah yang tadinya tenang kini bertukar tegang bila mendengar tangisan gadis tersebut yang masih tak berhenti.

Walaupun perlahan tapi hatinya seakan-akan ditoreh dengan mata pisau. Dia tak faham apa yang ditangisi dan ditakuti gadis itu.

"Shut up!" meja dihentak kuat dengan sebelah tapak tangannya.

Terhinjut bahu gadis tersebut, tangisannya serta-merta terhenti. Sungguh dia takut dengan lelaki dihadapannya ini, lelaki yang tak dikenalinya dan tak terduga dia terperangkap sekarang.

Lari? Itu cuma angan-angan saja.

Gadis itu kaku berdiri dengan kedua belah tangan yang berada disisi badan sambil meramas-ramas hujung baju labuhnya.

Dia menyesal kerana melalui lorong gelap itu, kalau tak dia mungkin takkan dituduh sebagai pengintip dan tak akan diculik lelaki tersebut. Semuanya salah faham!

Kaki dilunjurkan ke atas meja kayu itu, tangan disilangkan pada dada dengan mata yang tak sedikitpun terkalih daripada menatap wajah gadis dihadapannya. Cantik.

"Siapa nama kau?"

Gadis itu tetap menunduk ke bawah. Suara serak basah lelaki itu membuatkan hatinya berdebar-debar. Nafas ditarik panjang, mencari kekuatan untuk menjawab pertanyaan lelaki yang tak dikenalinya.

"Husna." perlahan saja gadis itu menjawab. Nada suaranya lembut.

Lelaki itu tersenyum nipis, nama yang ringkas tetapi sepadan dengan empunya badan. Dia kemudian bangun lalu berjalan mendekati gadis yang berada tak jauh darinya.

Husna yang mendengar derapan tapak kaki yang menghampirinya itu terus cuak, dia mula berundur ke belakang.

Setapak demi setapak dia berundur dan akhirnya belakang badannya tersandar pada dinding. Nafas Husna naik turun menahan debaran dihati, dan ketakutan pada lelaki itu.

"J—jangan d—dekat." tergagap-gagap Husna menutur kata dengan airmata yang mula bergenang di tubir mata.

Lelaki tadi tergelak kecil, tak diendahkan kata-kata gadis itu. Dia berdiri betul-betul dihadapan gadis kecil tersebut dengan sebelah tangan ditekapkan pada dinding sebelah kiri tubuh dihadapannya itu.

"Kalau aku dekat, kau nak buat apa?" soalnya berbisik perlahan.

Husna mengemam rapat bibirnya yang jelas bergetar ketika itu. Keadaan mereka berdua sekarang tersangat rapat. Haruman pada tubuh lelaki itu menusuk masuk ke dalam rongga hidung Husna.

"S—saya mintak m—maaf." serentak itu dia mendongak sedikit memandang lelaki yang tinggi lampai itu dengan renungan sayu.

Terpana Husna seketika, wajah lelaki yang baru saja ditatapnya adalah seorang yang kacak dengan mata yang bewarna silver-grey itu begitu memukau.

Husna cepat-cepat menunduk bila melihat senyuman sinis lelaki itu yang dirasakan seperti memerlinya.

"Look at me."

Lelaki itu menunduk sedikit memandangkan ketinggian gadis itu separas dadanya saja. Gadis polos itu menarik perhatiannya, bertubuh kecil dan pendek. Comel.

Melihat keengganan Husna, lelaki tersebut mencengkam lembut rahang gadis itu lalu didongak supaya bertentang mata dengannya. Wajah tersebik gadis itu persis seperti kanak-kanak.

Wajahnya dirapatkan pada wajah ketakutan Husna lalu Husna pula menekan kuat belakang badannya pada dinding.

Ingin larikan diri tapi pergerakannya sudah dikunci. Mata dipejam serapat-rapatnya.

"Kau tahu apa salah kau?" bisikan terselit sedikit kedinginan tepat ditelinga kanan Husna.

Perlahan kelopak mata dibuka kembali dan anak mata segera dilarikan ke arah lain sebaik terpandang renungan tajam lelaki itu.

Kepala digeleng kecil, jawapan untuk soalan yang ditanya.

"Salah kau sebab dah nampak aku bunuh jantan tak guna tadi. Aku rasa kau pun patut kena macam apa yang kau nampak tu. Hm?"

Husna terpempam, segera wajah lelaki yang tersenyum sinis itu dipandang dengan mata terbuntang luas dan bibir yang bergetar ketakutan.

Maksudnya, dia akan dibunuh sama seperti lelaki tadi? Tapi mengapa?

Lelaki itu mengusap halus pipi kanan Husna yang masih lembab dengan sisa airmatanya menggunakan belakang jari telunjuknya sebelum menjauhkan sedikit jarak dia dan Husna.

"T—tolong encik, s—saya tak sengaja. Jangan bunuh saya encik! Saya betul-betul t—tak sengaja! Sumpah!" rintih Husna bersungguh-sungguh, serentak itu airmatanya kembali membasahi pipi.

Dia tak sengaja melihat kejadian itu ketika mahu pulang dari salah sebuah kedai buku berhampiran rumah sewanya, kalau dia tahu, dia tak akan saja-saja pergi melihatnya.

Malang menimpa bila dia tertangkap sedang mengintip perbuatan lelaki tersebut. Tapi tika itu dia cuma terkejut dan tak terniat di hati untuk mengintip.

Lelaki itu meletakkan kedua belah tangan di dinding, mengunci pergerakan Husna dengan senyuman sinis dibibir. Peluangnya makin cerah.

"Betul kau tak nak aku bunuh kau? Betul kau tak sengaja? Atau... Kau memang buat-buat tak sengaja?"

Laju Husna menggeleng dengan wajah simpati, airmata setia mengalir dipipinya. Berharap lelaki itu tak akan membunuhnya dan sekaligus melepaskannya.

Lagipun dia sudah berterus-terang pada lelaki tersebut bahawa semua itu tak disengajakan.

"Sumpah! Saya tak sengaja encik, tolong jangan bunuh saya. Saya janji saya tak bagitahu orang lain. Saya merayu." teresak-esak Husna menangis mengenang nasibnya selepas ini.

Lelaki itu merapatkan wajahnya pada Husna. Dahi mereka berdua bersentuhan, sebelum bibir mengukir senyuman nipis.

"Aku takkan lepaskan kau selagi kau tak ikut arahan aku. Kau pilih sama ada ikut arahan aku atau— aku terpaksa bunuh kau."

Husna memejam rapat mata,pilihan sekarang berada ditangannya. Jika dia ingin selamat, dia harus mengikut arahan lelaki itu. Jika tidak nyawanya mungkin akan melayang.

Dia buntu.

"S—saya ikut c—cakap encik!"

Lelaki itu tersenyum sinis, hatinya bersorak riang kerana gadis itu sanggup mengikut arahannya tanpa banyak soal.

Arahan yang akan diberikan tak susah, malah sangat mudah. Hujung hidung Husna dikucup sepantas kilat membuatkan Husna terkaku.

"Then, be mine. Be my girl."

[DONE]
HARAP TAK BEGITU HAMBAR DENGAN PERMULAAN CERITA, MAAFKAN KEKURANGAN YANG ADA DALAM BAB NI.

TERIMA KASIH.

Mr Killer's Girl  |✔|Where stories live. Discover now