🍁 - [47]

40.5K 2K 150
                                    

'He can't fight for shit. I don't bluff. I don't joke and I don't give a second chances.'

Carl Que Alexander berdiri sambil menunduk memandang lantai tanpa sebarang suara.

Carl Ayden dan rakannya yang lain yang duduk di sofa di ruang tamu hanya berdiam diri begitu juga anak buahnya yang lain.

Isterinya sudah berada dalam genggaman Chris. Fikirannya kosong tika ini bila dia terlambat untuk menyelamatkan isterinya.

Malah, Aressa dan adik isterinya juga turut serta menjadi tahanan Chris.

Carl Que Alexander mendongak kepalanya perlahan dengan wajah membengis.

Dahi dan lehernya juga timbul urat-urat kecil yang dapat membuatkan sesiapa gerun bila melihatnya.

Diperhati kesemua yang sedang berkumpul diruang tamu itu.

Hatinya tak merasa tenang selagi Nur Husna tak berada disisinya. Dia terlambat untuk menyelamatkan perempuan itu.

Dia tak cukup peka dengan langkah Joe dan Chris.

Malah, rakan baiknya Aressa turut menjadi mangsa. Gadis itu yang cekap berlawan juga tak mampu kalahkan Chris kerana dia tahu, lelaki itu tak ubah sepertinya.

"Cari dia sampai dapat, jangan tunjuk muka korang depan aku selagi kau tak jumpa dia!"

Anak buahnya yang lain hanya mengangguk faham dan segera beredar daripada ruang tamu tersebut.

Carl Hans Mikael pula diam tak berkutik dengan wajah tak beriak. Licik, Joe dan Chris memang licik. Tapi, bila dia dapatkan Damia selepas ini -

Dia, boleh jadi manusia paling kejam.

Carl Hans Mikael bangun dari duduknya secara mengejut dan itu membuatkan mereka yang lain menoleh kearahnya dengan wajah hairan kecuali Carl Ayden yang hanya tersenyum sinis.

"Hans tak akan biarkan dia sentuh Damia. He can't fight for shit. I don't bluff, I don't joke and I don't give a second chances!" ujarnya keras dan perlahan.

Tangan diletakkan pada atas meja lalu wajah tegang dan bengis kembar berdua itu dipandang dalam dengan wajah dinginnya.

Dia hanya serahkan pada Carl Hans Mikael dan Carl Que Alexandee untuk lakukan tindakan seterusnya.

Diego dan Samuel telah diarahkan untuk ke Itali membawa Andrew memandangkan lelaki itu turut terlibat. Jadi, dia akan berada di belakang anak-anaknya bila tepat pada waktunya.

"Don't ever let anyone see you weak. They will use it against you. Show no emotion nor fear, that will be your strenght- "

Carl Ayden bangun lalu menghampiri kembar berdua itu dan dia berhenti berhadapan mereka berdua lalu kedua belah tangannya memegang bahu Carl Hans Mikael dan juga Carl Que Alexander.

Nungkin ini masanya untuk dia lihat sejauh mana kekuatan yang dimiliki anaknya.

"When you're numb, no one will ever be able to tell your next move or course of action. If you know what I mean."

Mr Killer's Girl  |✔|Kde žijí příběhy. Začni objevovat