🍁 - [19]

55.1K 2.6K 397
                                    

Carl Que Alexander memandang Puan Maimunah sekilas. Dia mengeluarkan pistol miliknya lalu diusap perlahan sebelum dimasukkan beberapa butir peluru kedalamnya.

Rokok dikeluarkan lalu dikepit pada bibir.

Matanya tajam memerhati keadaan Puan Maimunah. Dia suka melihat ketakutan wanita itu saat melihatnya kerana dia pasti Puan Maimunah tahu betapa kejamnya dia.

Asap dihembus kasar setelah dinyalakan rokok tersebut. Kaki diatur perlahan menuju ke arah Puan Maimunah yang teresak-esak dengan badan yang menggeletar ketakutan.

Picu pistol ditekap pada jadi telunjuknya.

"Kenal, Nur Husna?" soalnya dengan nada tenang, senyuman kecil terukir dibibir.

Sengaja dia bertanya, mahu melihat reaksi wanita tersebut apabila nama anak tiri wanita itu disebutnya.

Sekurangnya, Puan Maimunah tahu siapa Nur Husna padanya.

Terkesima Puan Maimunah mendengar nama anak tirinya itu. Ini bermakna, dia juga terlibat dengan Carl Que Alexander jika nama seseorang disebutnya.

Tapi dia tak pasti apa kaitan anak tirinya dan lelaki itu.

"K-kenal. Dia anak t-tiri aku."

Carl Que Alexander tersenyum nipis. Nama Nur Husna saja yang mampu membuatnya mengukir senyuman.

Selepas ini, isterinya tak perlu takutkan wanita itu lagi. Pistol tersebut dipandang sekilas.

BANG! BANG!

Dilepaskan tembakan ke arah lutut kiri dan kanan Puan Maimunah pantas.

Carl Que Alexander tersenyum sinis melihat raungan kesakitan Puan Maimunah dan darah yang mengalir keluar pada tempat yang ditembaknya.

Carl Que Alexander melangkah hampir dengan Puan Maimunah sebelum dia duduk bercangkung dihadapan wanita tersebut yang masih lagi meraung sakit.

"Aku dah lama diam. Bertahun aku biarkan dia kena seksa dengan mak tiri yang tak guna macam kau, Maimunah."

Puan Maimunah dalam keadaan kesakitan yang teramat sempat menangkap kata-kata lelaki itu.

Dia tak berdaya untuk bersuara sedangkan bermacam persoalan yang ingin ditanya pada lelaki itu.

Carl Que Alexander memegang hujung batang rokok diantara ibu jari dan jari telunjuknya lalu dengan bara api yang menyala dia menusuk membakar lutut Puan Maimunah yang ditembaknya tadi.

"S- Arhhh! S-kit! Aku mintak ampun! Sakit!"

Puan Maimunah menjerit dengan suara tenggelam timbul, sakit seluruh urat sendi anggota badannya.

Masakan tidak, isi lutut yang terkoyak apabila lelaki itu membuang butir peluru dibakar pula dengan bara api rokok.

Cukup perit dirasakan, serasa mahu terputus nafas saja tika itu. Tapi Puan Maimunah tahu bahawa itu baru sedikit bagi Carl Que Alexander.

"Aku perhati. Aku tahu apa yang kau buat dekat dia. Kau seksa dia sebab suami kau mati tapi kau salahkan dia. Dia tak salah, cuma kau yang tamak nak bolot harta bapak dia. Aku tahu tapi aku diam."

Mr Killer's Girl  |✔|Where stories live. Discover now