🍁 - [18]

57.9K 2.5K 326
                                    

Puan Maimunah dihumban masuk ke dalam salah satu bilik dengan kasar oleh anak buah Carl Que Alexander.

Tergamam Puan Maimunah melihat suasana dalam bilik tersebut yang suram.

BAM!

Tersentak dibuatnya bila pintu bilik itu ditutup kasar dari luar. Jantungnya berdegup kencang memikirkan apa yang akan dilakukan oleh mereka padanya.

Airmata mula mengalir dipipinya, dia menyesal kerana tak dapat melangsaikan hutangnya pada lelaki itu.

Keadaan yang suram menyukarkan Puan Maimunah untuk mencari jalan keluar, dia hanya mampu terduduk di atas lantai simen tersebut mengenangkan nasibnya selepas ini.

Dia akui, dia cukup gerun dengan Carl Que Alexander.

"Ya Allah ampunkan aku.." nama suci itu terucap dibibirnya tanpa sedar.

Kalimah yang sepatutnya diucap sebelum ini baru sekarang meluncur keluar dari bibirnya.

Segala dosa dan perbuatan terkutuk yang dilakukannya terimbas diruangan mata serta-merta.

Bunyi bising diluar bilik menyentakkan Puan Maimunah, dia mengesot ke belakang sedikit dengan perasaan gementar.

Airmata pula semakin lebat mengalir membasahi pipi.

Pintu bilik sekali lagi dikuak kasar dari luar dan serentak itu seorang lelaki yang meraung kesakitan ditolak masuk hingga tersungkur ke atas lantai tersebut.

Puan Maimunah tergamam dan terkejut melihat lagi beberapa orang lelaki berbadan sasa turut melangkah masuk dengan wajah masing-masing bengis tanpa sebarang reaksi.

Serentak itu juga, lampu bilik dibuka dan bilik tersebut terus terang-benderang.

Terbuntang mata Puan Maimunah melihat lelaki yang ditolak sebentar tadi rupa-rupanya, Faizal merangkap kekasih hati dan tempat melempiaskan nafsunya.

Selepas kematian suaminya, Puan Maimunah memutuskan untuk mencari kekasih hati demi kepentingan dirinya sendiri.

Malah, langsung tiada rasa bersalah bila mereka berdua melakukan perkara yang dilarang tersebut selama bertahun-tahun.

Faizal pula adalah seorang lelaki di kampung seberang yang jauh lebih muda dari Puan Maimunah yang sudah mencecah umur 47 tahun itu.

Faizal juga mempunyai rupa paras yang tampan tetapi niatnya bersama dengan Puan Maimunah hanya untuk menumpang kesenangan wanita itu semata-mata daripada wasiat yang diberikan.

Malah, Faizal juga bersekongkol dengan Puan Maimunah untuk menyeksa Nur Husna.

Kini, mereka berdua tak dapat melarikan diri daripada cengkaman Carl Que Alexander.

"K-korang nak b-buat apa ni?"

Syuk tersengih lebar memandang wajah ketakutan Puan Maimunah. Aris pula bersandar di pintu bilik dengan wajah tak berperasannya.

Lagi dua orang lelaki hanya merenung kosong ke arah wanita tua itu.

Kesian? Tak wujud perkataan tersebut pada mereka bila masa untuk menyeksa mangsa mereka.

Mr Killer's Girl  |✔|Where stories live. Discover now