🍁 - [1]

86.3K 3.7K 247
                                    

ZAP! ZAP!

Gadis bertubuh kecil itu meraung kesakitan dengan kedua belah tangan yang cuba menghalang tali pinggang itu hinggap di tubuh kecilnya.

"Sakit makcik! Maafkan saya! Sakit!"

Puan Maimunah merangkap ibu tiri kepada gadis bertubuh kecil bernama Nur Husna itu melibas bertalu-talu tubuh Nur Husna dengan wajah menyinga yang penuh kebencian.

Tali pinggang digunakan sebagai peralatan untuknya mendera gadis tersebut. Langsung tiada perasaan simpati dengan perbuatannya.

"Kau sakit ke aku peduli apa?! Kau dengan mak kau yang dah mampus tu sama je! Menyusahkan aku! Sekarang kau rasa!"

ZAP! ZAP!

Makin kuat tangisan Nur Husna disegenap ruang tamu rumah kayu tersebut. Seluruh tubuhnya pedih dan perit bila tali pinggang itu melekap dibadannya.

Dia saja yang tahu betapa sakitnya tika ini, airmata lebat mengalir menuruni pipi mulusnya tanpa dapat ditahan lagi. Sungguh dia tidak mampu.

"Nur tak buat makcik, sumpah! Nur mintak maaf! Sakit! Sakit makcik!" dia merayu-rayu pada makciknya dengan penuh kesakitan.

Puan Maimunah menghentikan libasan di tubuh kecil Nur Husna yang jelas kelihatan lemah tak bermaya itu dengan posisi tertiarap di atas lantai.

Puas hatinya melihat penderitaan gadis tak bersalah itu. Memang dari dulu lagi dia tak pernah sukakan Nur Husna.

Sejak dia menjadi ibu tiri Nur Husna pun dia tak pernah menganggap dan melayan Nur Husna dengan baik sebaliknya dengan menyeksa dan mendera gadis itu.

"Jalang! Perempuan tak tahu diuntung! Dengan orang tua pun kau nak menggatal! Kau dengan mak kau dalam kubur yang dah mampus tu sama-sama sial! Puas hati aku!"

Semasa pulang ke rumah, Puan Maimunah terserempak dengan Nur Husna yang sedang bergelak-tawa dengan ketua kampung, Haji Ramli.

Sakit hatinya nelihat Nur Husna yang kelihatan gembira itu. Gadis bodoh dan naif itu tak patut bahagia.

Puan Maimunah mencampak tali pinggang ke atas lantai kayu itu dengan hati yang puas lalu meninggalkan Nur Husna yang meringis dan merintih kesakitan.

Nur Husna dengan muka berkerut sakit menggagahkan tubuhnya untuk bangkit, airmata yang masih lagi mengalir dikesat kasar dengan belakang tapak tangan.

Sayu hatinya mengenangkan nasib diri yang seringkali didera dan diseksa Puan Maimunah, tidak tahu salah apa yang dia lakukan pada wanita itu.

'Sabar Husna, kau kena kuat. Kau dah janji dengan arwah abah dan ibu.'

Dengan kaki yang terhincut-hincut dia berjalan untuk masuk ke dalam bilik, pintu bilik dikunci dari dalam lalu dia berdiri dihadapan cermin kecil.

Baju diselak hingga ke paras atas perut, kulitnya yang putih melepak itu sudah bertukar lebam kebiruan. Juga terdapat cecair darah yang keluar.

Nur Husna menggenggam erat tangannya, cuba mencari kekuatan untuk menghadapi hari yang mendatang.

Bekas ubat kecil yang dibelinya tempoh hari untuk merawat lebam di badannya diambil lalu disapu pada kesan luka ditubuhnya.

"Aku kena keluar daripada sini. Maafkan Nur ibu, tapi Nur dah tak tahan kena dera dengan makcik."

※※※

Carl Que Alexander memijak tepi kepala lelaki yang mengerang kesakitan itu. Dia membongkokkan sedikit badannya memandang tajam lelaki tersebut.

"Kau sengaja cari pasal dengan aku, kau ingat aku tak tahu siapa kau? Aku kenal kau, kau yang tak kenal aku!"

Rambut lelaki itu dicengkam kuat, kaki yang memijak tepi kepala lelaki tersebut dijatuhkan ke atas lantai lalu diheret tubuh lelaki tersebut ke arah satu lorong gelap.

"Kau nak sangat main-main dengan aku kan? Tangan aku dah lama tak bunuh orang."

Pedang sederhana panjang yang terselit kemas ditepi pinggangnya ditarik keluar. Sarung pedang tetap terlekat di pinggangnya, hanya kilauan pedang disinari cahaya bulan saja kelihatan.

Tajam.

Mengapa pedang? Ianya akan memudahkan lagi kerjanya.

"Arghhh!!"

Lelaki itu meraung kesakitan bila perutnya pula menjadi mangsa tendangan Carl Que Alexander.

Darah membuak-buak keluar dari mulutnya kerana kasut yang tersarung di kaki Carl Que Alexander begitu keras dan muncungnya yang tajam.

"Masa untuk kau mampus!"

ZASS!

Sekali saja pedang itu dilayangkan pada leher lelaki itu, kepala lelaki tersebut serta-merta bercerai dengan badannya dan tergolek sedikit jauh.

Darah yang memancut keluarkan bagaikan air yang mengalir membasahi jalan tar tersebut.

Carl Que Alexander menendang kepala lelaki itu sekuat hati hingga terpelanting jauh dan terjatuh ke dalam longkang yang berdekatan.

Pedangnya yang berlumuran dengan darah lelaki itu dilap pada baju mayat kaku tersebut. Kotor.

Pedang yang sudah hilang kesan darahnya disisip kembali pada tepi pinggangnya. Dia menoleh ke arah anak buahnya yang berdiri tegak itu lalu isyarat mata diberikan.

Beberapa ketika, anak buahnya datang ke arahnya lalu botol yang berisi minyak petrol yang dihulurkan disambut laju. Minyak dituang ke seluruh badan lelaki tanpa kepala itu.

Botol minyak diberikan pada anak buahnya, faham dengan apa yang akan dilakukan Carl Que Alexander lelaki itu melangkah pergi.

Carl Que Alexander mengepit rokok dibibirnya lalu dinyalakan. Mata memerhati mayat lelaki yang tak bergerak itu, asap rokok dihembus dan disedut beberapa kali.

"Selamat malam."

Rokok yang masih menyala bara apinya dipegang dengan jari telunjuk dan juga ibu jari lalu dicampak pada tubuh mayat lelaki tersebut yang telah pun disimbah dengan minyak petrol sebentar tadi.

Dia berjalan meninggalkan lelaki itu dengan senyuman sinis dibibir. Pintu kereta dibuka, sempat dia menoleh ke arah tubuh lelaki yang sedang terbakar dan dijilat api.

Enjin kereta dihidupkan sebelum memecut laju keretanya membelah jalan raya yang sunyi sepi itu. Di belakang keretanya pula diikuti anak buahnya yang lain.

[#] DONE.

HARAP MEMUASKAN :')

Mr Killer's Girl  |✔|Nơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ