🍁 - [7]

73.9K 3.3K 178
                                    


Que mengeluh kasar melihat Husna masih lagi takut-takut terhadapnya. Semalam dia saja mahu menakutkan gadis itu tetapi dia tak mungkin mahu mengapa-apakan Husna secara melampaui batas.

Dia tak sampai hati untuk melakukan perkara yang membuatkan gadis itu akan membenci dirinya.

Que duduk mencangkung di birai katil, gadis yang sedang duduk memeluk lutut di atas katil itu dipandang redup.

"Stop crying, girl. Aku tak buat apa-apa pun dekat kau. Kau memang tak suka aku ke?"

Husna mengesat airmata dengan belakang tapak tangannya, wajah tenang lelaki dihadapannya itu dipandang sepintas lalu.

Dia cuba untuk bertenang, wajah lelaki itu tak sebengis dan sedingin semalam tapi masih juga dia tidak terbiasa.

Entah mengapa nasibnya selalu malang, sudah yatim piatu, dihalau pula oleh ibu tirinya.

Dan sekarang dia diculik oleh lelaki yang tak pernah dia kenal itu. Malah, lelaki itu juga dilihatnya membunuh. Apa yang harus dia lakukan?

"S-saya cuma nak b-balik. Saya tak kenal s-siapa encik, macam mana saya nak s-uka dekat encik." ujar Husna perlahan sambil menunduk.

Que tersenyum nipis, gadis itu mula memberi respon setelah lama berdiam diri. Salah dia juga kerana menculik gadis itu tapi - dia menculik Husna bukan hanya suka-suka.

Apa alasannya, biar dia saja yang tahu. Tak lama lagi, pasti Husna sendiri mengetahuinya.

Memang dia kejam, dia pembunuh tapi untuk menyakiti Husna bukan dirinya. Nafas dihela panjang.

"Kau tak kenal aku, tapi aku kenal kau. Aku rasa kau dah lupa siapa aku, kan? Nevermind, aku nak cakap something dengan kau -" suaranya sedikit teragak untuk meneruskan katanya.

Que melabuhkan punggung di hadapan Husna, wajah sembab gadis itu yang terkebil-kebil memandangnya dipandang dalam.

Keputusannya tika ini telah dibuat dan dia yakin dengan apa yang dia mahukan. Manakala, Husna memandang Que yang terdiam sejenak dengan wajah hairan serta ingin tahunya.

Mungkin lelaki itu sudah bosan dengan dia kerana dia asyik menangis saja, itu adalah perkara yang baik.

"Encik nak cakap apa? Encik nak lepaskan saya ke?" soal Husna sedikit teruja walaupun masih lagi takut dengan lelaki itu.

Dia bersyukur jika lelaki itu melepaskannya.

Semalam hampir saja dia dinodai lelaki itu, tetapi lelaki itu terus saja bangun daripada menindih badannya bila dia menangis teresak-esak lalu keluar meninggalkan dia seorang diri.

Perbuatan lelaki tersebut dihargainya, walaupun Que itu penculiknya. Maruahnya adalah yang terpenting dalam hidupnya, tidak mahu mengecewakan ibu bapanya yang sudah lama pergi meninggalkan dia.

"Nak lepaskan kau? Jangan mimpi!" dingin saja Que bersuara seraya mengecilkan mata merenunh Husna.

Mendengarkan kata-kata lelaki tersebut, Husna kembali bersedih bila harapannya supaya dilepaskan hancur musnah sekelip mata.

Matanya mula bergenang dengan airmata, dia hanya mahu kembali pada Rozana, bukan lelaki itu.

Kesilapannya hanya ternampak lelaki tersebut membunuh, dan dia telah berjanji untuk tidak membuka mulut bila lelaki itu melepaskannya.

Tapi mengapa sebaliknya yang terjadi?

"Tapi-"

Kata Husna terhenti bila lelaki itu mencium bibirnya pantas tanpa sempat dia bersedia.

Mr Killer's Girl  |✔|Where stories live. Discover now