🍁 - [43]

42.6K 2K 173
                                    

Damia menjenguk sedikit kepalanya disebalik pintu bilik yang terbuka itu, sunyi saja ruang ditingkat dua tersebut.

Tudung dibetulkan sedikit sebelum dia melangkah keluar, sudah beberapa hari dia berkurung di dalam bilik.

Dan, serentak itu juga pintu bilik yang ketiga disebelah kanannya terbuka.

Damia hanya memerhati kelibat seorang perempuan yang juga bertudung sepertinya keluar daripada bilik tersebut.

Kening yang tak gatal digarunya, dia mahu bertanya perempuan itu arah mana untuk ke dapur untuk mebasahkan tekaknya.

Tegak Damia berdiri dengan mata yang tak lepas memerhati susuk tubuh perempuan itu.

"Er, cik?" tegurnya perlahan.

Nur Husna berpaling saat seseorang menegurnya.

Mata bertentang seketika dengan wajah masing-masing jelas terpancar riak terkejut bercampur bahagia yang bertandang.

Damia menekup mulutnya dengan kedua belah tapak tangan manakala matanya yang sedia bulat itu terbuka luas.

Nur Husna pula tergamam sesaat dengan mata terkebil-kebil memerhati Damia.

"Mia?"

Kaki diatur sedikit laju ke arah Damia lalu kedua belah bahu gadis itu dipegang dengan mata memerhati segenap wajah Damia dengan rasa tak percaya.

Damia tersenyum panjang, matanya mula kabur dengan airmata.

"Kakak.." ujarnya sebak dengan airmata yang mula mengalir laju membasahi pipinya.

Terus mereka berdua berpelukan. Nur Husna mengusap tepi bahu Damia, memandangkan ketinggian Damia hanya separas bahunya saja. Damia pula sudah tersedu-sedan menangis.

"Kakak rindu adik. Akhirnya kakak jumpa adik jugak. Kakak rindu Mia.."

Pelukan diregangkan sedikit. Wajah mereka berhadapan satu sama lain, lalu Damia tersenyum gembira sambil mengesat airmata Nur Husna begitu juga Nur Husna yang mengesat airmata Damia.

Damia, adiknya yang bertahun-tahun tak dijumpai dan juga terputus hubungan saat kedua ibu bapa mereka meninggal dunia.

Nur Husna dijaga oleh Puan Maimunah manakala Damia pula diambil sebagai anak angkat oleh Puan Laila.

"Mia pun rindu kakak. Mia tak sangka dapat jumpa kakak dekat sini." jelas nada teruja dan gembira Damia.

Nur Husna memegang tepi wajah Damia lalu pipi kanan dan kiri adiknya itu dikucup bertalu-talu melepaskan rindu yang terpendam selama bertahun-tahun. Damia tergelak kecil dengan perbuatan Nur Husna.

"Mia macam mana boleh ada dekat sini? Mia lah yang Que selamatkan haritu? Kakak ingat siapa, mujur Mia tak apa-apa."

Damia mengerut dahinya sambil merenung Nur Husna hairan.

Wajah kakaknya tak pernah berubah, tetap cantik dan lebih kepada keanak-anakan sama sepertinya. Rupa yang diwarisi oleh ibu mereka.

"Que? Siapa tu? Mia kenal abang handsome je. Eh tak! Hans. Ha, Mia kenal dia je." ujar Damia sedikit menggelabah.

Nur Husna tergelak kecil, kepala digeleng kecil mengingati perangai adiknya yang satu itu. Mulut yang tak pernah diam.

Mr Killer's Girl  |✔|Where stories live. Discover now