🍁 - [13]

65.9K 3K 133
                                    


S

eminggu berlalu setelah hari dimana Nur Husna melihat Carl Que Alexander membunuh seorang lelaki dihadapannya.

Semua kelengkapan sudah tersedia, dia hanya mampu berserah dengan nasibnya selepas ini.

Carl Que Alexander membawanya berjumpa dengan keluarga mereka dua hari selepas kejadian itu.

Perbincangan tentang tarikh perkahwinan mereka berdua ditetapkan oleh Zara Nafisa. Carl Ayden juga bersetuju dan rancangan Carl Que Alexander berjalan dengan lancar.

Semuanya Carl Que Alexander yang aturkan dan lelaki itu juga yang menguruskannya.

Dia cuma mampu menerima apa yang lelaki itu lakukan. Tak mahu membuatkan lelaki itu mengamuk untuk kali kedua jika dia membantah atau menolak.

Teringat kembali kata-kata lelaki itu tempoh hari dan itu membuatkan Nur Husna tertanya-tanya apa kaitan lelaki itu dan dia.

Sedangkan, dia tak mengenali lelaki itu. Hanya seorang saja lelaki yang bertakhta dihatinya.

Nur Husna duduk memeluk lutut di sofa ruang tamu yang berada ditingkat bawah itu.

Rancangan tv yang ditayangkan ditonton dengan penuh minat, cuba untuk mengosongkan fikirannya yang berserabut.

"Husna."

Nur Husna menoleh ke sebelah kirinya dimana Carl Que Alexander yang baru saja melabuhkan punggung disebelahnya dengan wajah tak berperasaan itu.

Duduknya dibetulkan dengan mengubah posisi duduk bersila di atas sofa tersebut.

"Ya encik.." terkebil-kebil matanya bila melihat lelaki itu hanya merenungnya tanpa sebarang kata.

Carl Que Alexander menatap setiap inci wajah cantik gadis itu penuh minat. Rambut Nur Husna yang terikat kemas itu dirungkaikan.

Dia suka melihat rambut gadis itu terlepas bebas kerana ianya sama seperti dia bersua-muka dengan gadis kecil itu dulu.

"Kau tak ingat aku? Kau betul-betul tak kenal aku ke?"

Nur Husna menunduk kebawah sambil bermain dengan jari-jemarinya. Pertanyaan lelaki itu sukar untuk dijawab.

Sesekali dia seakan pernah kenal lelaki tersebut tapi fikirannya menolak mentah-mentah. Dia bingung.

Mr Killer's Girl  |✔|Where stories live. Discover now