🍁 - [15]

66.6K 2.8K 169
                                    


Damia tergesa-gesa melangkah ke arah ke tempat letak kereta, jam ditangannya ditilik sekilas! 5:45 petang. Dia sudah terlewat untuk mengambil ibunya di salah sebuah pasaraya disitu.

Tadinya dia meninggalkan sekejap ibunya dipasaraya untuk menghantar fail milik kawannya yang tertinggal di dalam kereta dia.

Sekarang sudah agak terlambat akibat terpaksa mengharungi jalan raya yang sesak dengan kereta.

"Mati lah! Nanti Umi marah!" gumamnya dengan wajah berkerut.

Damia terus melangkah sambil menunduk mengambil telefon bimbit di dalam beg tangannya untuk memaklumkan kelewatan dan juga meminta maaf pada ibunya.

Sedang dia berjalan, dia masih belum perasan bahawa ada yang turut berjalan dari arah bertentangan dengannya.

BUK!

Tak semena-mena dia terlanggar seseorang menyebabkan Damia terdorong sedikit ke belakang.

Nasibnya baik bila dia dapat mengimbang badannya daripada jatuh di atas jalan tar itu. Mahu kebas punggungnya.

"Maaf, saya tak sengaja."

Lelaki itu menunduk lalu mengambil briefcase nya yang terjatuh itu, dia kemudian membetulkan sedikit pakaiannya sambil memandang gadis dihadapannya itu.

Terbeliak mata Damia sebaik mendongak memandang wajah manusia yang dilanggarnya.

Terus berubah pucat wajah Damia melihat susuk tubuh lelaki itu. Air liur ditelan kasar.

Carl Hans Mikael tergamam sesaat melihat wajah gadis yang merempuh bahunya itu.

Gadis yang dia jumpa tempoh hari di majlis akad nikah abangnya. Gadis mulut murai itu yang melanggar bahunya.

"Well, we meet again little girl." senyuman sinis tersungging di bibirnya.

Damia tersengih kekok sambil mengusap bahunya yang sedikit sakit akibat perlanggaran yang tak disengajakan sebentar tadi.

Dalam hati, Damia tak putus-putus berdoa supaya terselamat daripada lelaki tersebut.

"Haah, Encik serial killer. Eh, tak! Maksud saya, abang handsome."

Carl Hans Mikael menahan ketawanya melihat telatah comel gadis itu yang menekup mulut dengan kedua belah tapak tangan dengan mata yang membulat kerana tersasul menggelarnya sebagai pembunuh bersiri. Cute!

"You called me what?! Serial killer?"

Tajam matanya merenung wajah ketakutan Damia, keras dia bersuara. Sengaja ingin menggertak gadis comel itu.

Kalau tak difikirkan mereka berada di tempat terbuka, sudah lama dia mencium bibir seksi yang tersebik itu.

Terus Damia berpusing ke belakang bersedia untuk melarikan diri daripada lelaki kacak yang merupakan pembunuh bersiri itu.

Ingatannya masih kukuh mengingati kata-kata lelaki itu tempoh hari; jangan sampai bertemu lagi.

'Umi! Tolong! Mia jumpa encik pembunuh bersiri!

Baru sebelah kakinya diangkat untuk melarikan diri, Carl Hans Mikael cekap merentap lengan gadis itu tak terlalu perlahan dan tak terlalu kuat.

Cukup menghalang gadis itu daripada melarikan dari darinya.

Damia pula sudah tersebik ingin menangis, habisan-habisan dia menggunakan tenaganya untuk melepaskan tangannya yang digenggam lelaki itu.

Airmata mula bergenang ditubir matanya yang bulat itu.

Mr Killer's Girl  |✔|Where stories live. Discover now