EPILOG

56.2K 2.1K 367
                                    

Setahun berlalu segala yang berlaku tentu ada hikmah disebaliknya. Kini, hidup mereka berdua semakin bahagia dan perhubungan yang terjalin tetap kukuh dengan kasih sayang yang disemai.

Bahagia sebagai pasangan suami isteri dan ditambah pula dengan kehadiran dua orang kembar lelaki menjadi penyeri untuk keluarga Carl Que Alexander.

Segalanya terasa lengkap dalam hidupnya.

Mungkin dulu, dia bukan yang terbaik dan dia juga bukan malaikat yang sentiasa suci dari melakukan kesilapan dan dia sebenarnya tak layak untuk berdamping dengan Nur Husna yang jauh berbeza kehidupannya.

Tapi kini dia sedar satu perkara. Nur Husna memang ditakdirkan untuknya, untuk menjadi isteri kepada seorang Carl Que Alexander dan juga ibu kepada anak-anaknya.

Nur Husna.

Perempuan yang menjadi kebahagiannya dan dia akui bahawa seorang perempuan yang bernama Nur Husna adalah insan yang mampu mengubah dirinya yang dulunya kelam kini disinari cahaya.

Hanya satu nama saja yang kekal dan utuh dihatinya dan dia akan menjaga bidadari yang ditakdirkan untuknya itu hingga ke nafas terakhir.

Harapan yang tinggi, semoga mereka berdua bertemu dia alam sana suatu ketika nanti.

Carl Que Alexander melangkah ke arah Nur Husna yang sedang menidurkan Carl Fabio Federico.

Manakala Carl Dario Stephano pula yang sedang terbaring hanya terkebil-kebil dengan tangan kecilnya itu bermain di wajahnya.

"Hey, Rio." gumamnya perlahan.

Tubuh halus anaknya itu dihampiri yang berada di atas katil itu lalu dia berbaring di sebelah Carl Dario Stephano dengan posisi meniarap.

Kedua pipi anaknya itu dikucupnya perlahan seraya mengusap lembut ubun-ubun bayi tersebut.

"Kenapa tak tidur lagi, dah lewat ni. Tak kesian dekat mama ke?" soalnya lembut, lebih kepada berbisik.

Nur Husna yang sedang berura-ura untuk meletakkan Carl Fabio Federico yang sudah terlena ke katil khas yang disediakan untuk kembarnya itu tergelak kecil dengan tingkah suaminya.

"Kau gelak apa?" kening diangkat sebelah pada isterinya.

Terus berubah cemberut wajah Nur Husna.

Direnung seketika wajah selamba suaminya itu sebelum meletakkan bayi tersebut di dalam katil kecil itu lalu dia melangkah ke arah katil miliknya dimana suami dan anaknya berada.

"Biar Husna tidurkan dia, abang pergi lah tidur dulu." ujarnya perlahan tanpa memandang suaminya.

Bukan niat untuk menderhaka suaminya dengan bercakap tanpa memandang wajah lelaki itu tetapi Carl Que Alexander selalu saja buatnya sakit hati sejak beberapa hari ini.

Ada saja yang disakat suaminya itu.

Carl Que Alexander tersenyum sinis melihat isterinya yang jelas merajuk dengannya.

Lalu dia mengucup dahi anaknya itu sekilas sebelum membaringkan tubuh di atas katil.

Mata dipejam rapat dengan sebelah tangan yang diletakkan pada belakang kepalanya, sebelah tangan lagi dibiarkan berada di sisi tubuhnya itu.

Tak dihiraukan wajah kegeraman Nur Husna, malah dalam hati dia ketawa kecil. Memang dia suka menyakat isterinya itu.

Nur Husna mengeluh kecil, usai memastikan bahawa bayinya sudah terlena dia menutup suis lampu.

Bilik mereka hanya diterangi dengan cahaya lampu meja saja tapi cukup jelas untuk melihat keadaan bilik tersebut.

Tubuh kecilnya dibaringkan disebelah suaminya setelah membaca doa tidur. Selimut ditarik hingga ke paras bahu lalu badan dipalingkan menghadap dinding bilik.

Mr Killer's Girl  |✔|Место, где живут истории. Откройте их для себя