🍁 - [29]

51.6K 2.3K 108
                                    

Damia merenung wajah Carl Hans Mikael lama. Hairan juga dia melihat wajah suram lelaki itu. Tak dingin seperti sebelum ini.

Encik serial killer pun dah tak banyak bercakap, bila ditanya hanya sepatah yang dijawab.

Ditoleh ke arah dapur, Uminya sedang menyediakan minuman petang untuk mereka.

Ingin dibantu tetapi Uminya hanya menyuruh dia berbual bersama Encik serial killer tapi lelaki itu diam sedari tadi.

"Abang handsome ada masalah ke? Kenapa muka abang handsome nampak kusut je." tegurnya dengan riak curiga.

Carl Hans Mikael bersandar di sofa lalu kepala didongak sedikit ke atas. Mata ditutup rapat.

Fikirannya berserabut dengan kejadian dua hari lepas dan juga dia turut risaukan Damia.

Musuh, hanya mencari umpan. Jangan terlepas pandang. Rambut diraup kasar ke belakang.

Bagaimana dia mahu memastikan Damia tak menjadi salah satu target musuhnya.

"Perlu ke kau tahu? Kau kan dari mula-mula lagi tak suka aku. Kau kisah apa kalau aku ada masalah pun." sinis balasan lelaki itu.

Tersentap Damia dengan balasan Carl Hans Mikael. Bukan dia tak suka, cuma Encik serial killer tu menakutkan.

Dagu ditongkat dengan kedua belah tangannya.

"Eleh! Cakap je lah abang handsome tu ada masalah. Saya bukan kisah sangat pun, tapi abang handsome nampak lagi seram kalau diam je." tak kurang juga tingkah Damia.

Kalau diikutkan hati, mahu saja dia membalas lagi pedas daripada lelaki itu tapi takut juga dia bila lelaki itu mengamuk.

Dia tak rela nak hadap, mahu gugur jantungnya.

"Kau tak kisah kan? Kalau aku seram ke apa ke, bukan masalah kau. Shut the fuck up." suara dicelah gigi, perlahan tapi keras.

Carl Hans Mikael merenung tajam wajah tersebik Damia, wajahnya diraup kasar. Gadis itu memang manja dan dia tak kisah dengan perangai Damia.

Tapi dia sedang tertekan dan tak berniat untuk memarahi gadis itu. Perasaan bersalah muncul dihati.

Damia menunduk seketika, sedikit terasa dengan lelaki itu. Bantal kecil yang berada di atas ribanya dicampak ke sebelah lalu dia bangun untuk pergi dari situ.

Encik serial killer selalu marah dia.

Lelaki itu cakap sukakan dia, cara pula tergilakan dirinya tapi Car Hans Mikael seakan tak menyukainya saja bila acap kali dingin dengannya. Damia keliru.

"Abang handsome duduk lah sorang-sorang! Saya nak masuk dalam bilik!"

Baru beberapa langkah dia berjalan, tudungnya ditarik agak kuat dari belakang hingga badannya terdorong sedikit ke belakang. Beria dia menahan tudungnya daripada tertanggal.

"Kau sikit-sikit nak sentap! Cuba jangan buat perangai budak tak cukup umur, tak boleh ke? Hish!" gumam Carl Hans Mikael tertekan.

Carl Hans Mikael mencengkam lembut kedua bahu Damia lalu dipusing menghadapnya.

Lama dia merenung wajah cemberut gadis itu yang sedang menunduk ke bawah.

Mr Killer's Girl  |✔|Donde viven las historias. Descúbrelo ahora