🍁 - [51]

43.2K 2.2K 176
                                    


BUK!

Carl Hans Mikael tersenyum sinis saat penumbuknya melekat tepat pada mata kiri Joe, lelaki itu yang tak sempat mengelak terdorong ke belakang dan hanya seketika sebelum kembali meluru ke arahnya.

Dapat dilihat wajah membengis Joe yang seakan mahu membunuhnya tika itu. Tapi Carl Hans Mikael akan pastikan kali ini Joe bakal tumpas ditangannya.

BUK!

Kepala ditunduk ke bawah saat wajahnya menjadi sasaran Joe dan dia kembali mendongak lalu kaki kirinya menendang rusuk Joe.

Tak mengalah, Joe dengan pantas menendang tepat pada perut Carl Hans Mikael.

"Sial!"

Perut yang terasa senak diabaikan lalu dia menahan tangan kanan Joe yang melayang ke arah wajahnya sebelum dipulas kuat hingga membuatkan lelaki itu berkerut sakit.

Manakala, tangan kiri Joe yang bersedia untuk melepaskan tumbukan padanya disepak kuat.

Lantas tangan Joe yang dipulasnya dikuatkan lagi lalu kaki diangkat tinggi dan menendang kuat perut Joe hingga lelaki itu terbongkok sedikit ke bawah dan dengan pantas siku kanannya menghentak kuat atas kepala Joe.

Carl Hans Mikael tergelak kecil lalu tubuh Joe ditolaknya kasar hingga terduduk di atas lantai.

Mata dipejam sesaat dan dibuka, serentak itu juga kaki kirinya menendang tepi kepala Joe.

Joe mengerang sakit dengan darah yang mengalir keluar dari tepi kepalanya.

Dia pantas berdiri lalu darah dikesat kasar dengan belakang tapak tangan sambil merenung Carl Hans Mikael tajam.

"Kau dari dulu lagi lembik, tak sangka sekarang dah pandai nak lawan aku." sinis saja suaranya.

Pisau yang sedia disimpan pada belakang pinggangnya perlahan dikeluarkan tanpa pengetahuan Carl Hans Mikael.

Joe cepat mengelak apabila kaki kanan Carl Hans Mikael dilayangkan pada wajahnya.

"Aku tak lembik macam kau. Nak hadap aku tapi umpan aku dengan culik perempuan. Kau tak rasa yang kau tu bodoh! Lembik! Pengecut! Lebih pada aku!"

Gigi diketap rapat, wajahnya berubah tegang mendengar sindiran sinis daripada Carl Hans Mikael.

Kata-kata lelaki itu ada betulnya tapi dia tak akan biarkan Carl Hans Mikael merendahkannya.

"Kita tengok siapa yang lembik!"

Serentak itu dia meluru ke arah Carl Hans Mikael dengan pisau ditangannya dan bersedia untuk menikam dada lelaki itu tetapi tak mengena bila Carl Hans Mikael mengelak.

Joe merengus geram.

Carl Hans Mikael mengepal penumbuknya erat, mata memerhati gerak-geri Joe yang ingin menyerangnya.

Sebaik Joe menghala muncung pisau pada wajahnya, dia melayangkan penumbuknya.

BUK!

Buku limanya mengena tepat pada hidung Joe dan serta-merta darah mengalir keluar daripada hidung lelaki itu.

Amarahnya sudah memuncak dan tak dapat dikawal dan juga pergerakannya turut tak terkawal.

Joe berdecit perlahan, darah dihidungnya dikesat kasar.

Dan, tanpa diduga pisau ditangannya dilempar laju sebelum meluncur mengena pada bahu kanan Carl Hans Mikael. Joe tersenyum sinis.

"Kau tetap lembik! Kalau kau tak lembik, guna tangan bukan barang. Kau rasa?" ujar Carl Hans Mikael lalu tergelak mengejek.

Mr Killer's Girl  |✔|Where stories live. Discover now