🍁 - [16]

60.5K 2.6K 187
                                    


Carl Hans Mikael mengetuk pintu bilik yang didiami papa dan mamanya.

Kesempatan yang ada diambil memandangkan Carl Ayden tiada di rumah diguna sebaik mungkin untuk menyelesaikan hal yang satu itu.

"Masuk lah, mama tak kunci pintu."

Terus dikuak luas pintu bilik itu lalu melangkah masuk sebaik menerima keizinan daripada Zara Nafisa.

Jika Carl Ayden berada di rumah, memang Carl Hans Mikael tak berani untuk masuk ke dalam bilik itu. Papanya bukan main garang. Haih!

"Maaf ganggu mama. Hans nak cakap sikit boleh?" soalnya seraya melabuhkan punggung dibirai katil.

Zara Nafisa meletakkan novel yang dibacanya ke tepi lalu tersenyum lebar sambil mengangguk pada Carl Hans Mikael, anaknya yang seorang ini memang selalu meluahkan segala masalah padanya.

"Hans cakap lah, mama dengar. Kalau mama boleh tolong, mama tolong.."

Carl Hans Mikael tersenyum hambar. Dia menghembus nafas panjang seketika. Hanya mamanya saja yang boleh membantu dia, dia buntu.

"Can I sleep on your thigh?" soal Carl Hans Mikael perlahan.

Zara Nafisa tergelak kecil, kaki yang bersila segera dilunjurkan lalu tangannya menepuk lembut pehanya memberi keizinan pada permintaan Carl Hans Mikael yang ingin merebahkan kepala dipehanya.

Kepala direbahkan pada paha Zara Nafisa sambil memejam rapat matanya. Zara Nafisa pula memanjakan Carl Hans Mikael dengan mengusap rambut anaknya itu.

"Hans dah buat macam-macam untuk berbaik dengan Que. All that I've done never attracted his attention. Hans tak tahu nak buat apa lagi mama. Hans nak abang Hans yang dulu. Hans rindu abang Hans yang dulu..."

Carl Hans Mikael tersenyum sedikit dengan mata yang masih terpejam, setitik airmata lelakinya mengalir dihujung mata.

Sebak mengingati hubungan antara mereka berdua yang kian terputus.

"Que tak pernah kisah apa yang Hans cakap. Dia tak pandang apa yang Hans buat untuk dia, Hans dah cuba mama. Hans... Hans penat. Kenapa Que tak pernah nak maafkan Hans? Hans -"

Kata-katanya terhenti seketika bila suaranya serak kerana menahan bunyi tangisan yang keluar, wajahnya terus disembamkan pada perut mamanya dengan bahu yang bergegar, menangis tanpa suara.

Zara Nafisa tersenyum kelat dengan mata yang mula bergenang dengan airmata, dia faham perasaan anaknya itu yang inginkan kasih sayang seorang abang seperti orang lain.

"Sabar ya sayang. Que dah maafkan Hans, tapi mungkin dia tak bersedia lagi nak mulakan macam dulu. Mama faham, Hans nak abang Hans yang dulu.. Mama tahu Hans dah buat semuanya untuk kembalikan Que yang dulu tapi Que tak pernah hiraukan.."

Carl Hans Mikael mendongak sedikit ke atas lalu tergelak. Sebak dan pedih dihati menahan rasa yang dipendam sekian lama, hanya disebabkan Carl Que Alexander.

Airmata yang laju mengalir dibiarkan tanpa dikesat.

"Apa lagi Hans kena buat mama? Kalau Que nak Hans melutut dekat dia pun Hans sanggup. Asalkan dia maafkan Hans, dia jadi abang Hans yang dulu. Tolong Hans, mama. Hans nak abang Que. P-please." rayunya pilu sambil tersedu-sedan menangis.

Mr Killer's Girl  |✔|Where stories live. Discover now