🍁 - [45]

45K 2K 167
                                    

'But l, my devil that wants you.'

Carl Que Alexander mengetap rahangnya kuat setelah panggilan ditamatkan.

Maklumat daripada anak buahnya yang mengatakan bahawa separuh daripada pelanggan yang berurus niaga dengan pengedaran senjatanya telah dibunuh.

Rambutnya diserabaikan lalu dia turun daripada katil dan mencapai jaket kulitnya yang tersangkut itu lalu disarungkan pada tubuhnya. Kunci kereta diambil.

Sudah dapat diagak siapa yang membunuh pelanggan tetapnya dan dia pasti semuanya angkara Joe dan Chris.

Dari cara mereka berdua dia tahu bahawa mereka ingin menjatuhkan perniagaannya.

Dan, itu tak mungkin terjadi sama sekali!

Kaki diatur kembali ke arah katil lalu badan direndahkan sedikit, dahi Nur Husna yang sedang terlena itu dikucup sepintas lalu sambil membetulkan selimut pada tubuh kecil isterinya.

Keluar daripada bilik, nombor orang kanannya didail lalu telefon ditekapkan pada telinga kanannya sambil melangkah masuk ke dalam lif.

Sempat ditilik jam dipergelangan tangan kirinya yang menunjukkan angka 2 pagi.

"Buat kerja kau macam biasa."

Setelah pemanggil disebelah talian mengiyakan arahan yang diberikannya, panggilan diputuskan lalu telefonnya disimpan ke dalam poket seluarnya.

Enjin kereta dihidupkan lalu keretanya memecut laju membelah jalan raya, deruman enjin keretanya bergema dan mampu menarik perhatian pemandu yang lain.

Setengah jam memandu, dia tiba di tempat yang menjadi tujuannya.

Keluar daripada perut kereta, serentak itu juga empat buah kereta turut berhenti dibelakangnya.

Carl Que Alexander tersenyum sinis lalu melangkah masuk ke dalam kelab malam tersebut.

Lelaki berbadan sasa dan bertatu itu merenung Carl Que Alexander sesaat dengan pandangan dinginnya.

Lalu pintu kelab malam tersebut dibuka manakala sebelah tangan yang berada dibelakang badannya meraba telefon bimbitnya.

"Hueles a mierda. Tch!" bisiknya perlahan pada lelaki itu.

Carl Que Alexander tergelak sinis sambil memandang ke arah lelaki itu sepintas lalu. Matanya tak pernah terlepas pandang.

Tangan lelaki itu yang berada dibelakang badan dipandang sinis sebelum dia masuk ke dalam.

Manakala, salah seorang daripada sekumpulan lelaki yang mengekorinya daripada belakang menghampiri lelaki yang menjaga pintu tersebut dengan wajah tak berperasannya.

ZAP!

Sebelah kanan tengkuk lelaki itu ditikamnya hingga pisau tersebut terbenam dalam lalu ditarik keluar, kasar.

Telefon yang berada ditangan lelaki itu dirampasnya lalu dihempas ke atas lantai sehingga hancur.

Dia tersenyum nipis dan masuk ke dalam kelab malam itu sambil meregangkan badannya dengan kedua belah tangan diangkat tinggi ke udara dan leher yang dipusing ke kiri dan kekanan.

Mr Killer's Girl  |✔|Onde histórias criam vida. Descubra agora