🍁 - [5]

69.4K 3.4K 74
                                    

Rozana tersenyum nipis melihat wajah riang Husna setelah dia diterima bekerja di salah sebuah kedai buku milik rakan Rozana sendiri.

Husna kelihatan begitu teruja walaupun hanya bekerja sebagai cashier kedai buku itu.

"Terima kasih aunty sebab tolong Nur dekat sini." ujar Husna ceria beserta rasa syukurnya.

Mereka berjalan beriringan keluar daripada kedai buku yang menjadi tempat Husna bekerja nanti.

Setelah berjumpa di masjid tadi, dia membawa Husna pulang dan menyimpan beg pakaiannya dahulu sebelum ke kedai buku tersebut mengisi borang untuk bekerja di kedai buku itu.

Rozana tak lekang senyuman di bibirnya melihat kecerian di wajah gadis itu. Rozana juga tahu kisah Husna yang didera ibu tirinya dan juga insiden yang berlaku hingga gadis itu dihalau dari rumah.

Ikhlas dia menolong gadis itu walaupun sebenarnya itu adalah perancangan yang dibuat dengan seseorang.

Husna gadis yang baik tetapi malangnya bila menjadi mangsa dera Puan Maimunah yang tak berhati perut itu.

Sedang mereka berjalan menuju ke arah kereta milik Rozana, telefon bimbit wanita itu berdering kuat menandakan ada panggilan.

Sebelah tangan diangkat pada Husna memberi isyarat menyuruh gadis itu tunggu sebentar.

"Macam mana?"

Rozana tersenyum mendengar pertanyaan si pemanggil, Husna yang sedang membetulkan tudung yang terselak disapa angin dipandang sekilas.

"Semua okay. Dia pun dah start kerja esok. Aku kesiankan dia lah, mak tiri dia dera sampai satu badan lebam. Kejam betul!" bisik Rozana dengan nada geram.

Pemanggil disebelah talian tergelak sinis, cermin kereta diturunkan sedikit lalu dia menoleh ke arah kereta Rozana yang berada tak jauh darinya.

"Good, I'm watching you . Aku tunggu seminggu dari sekarang, pastikan semua macam yang aku cakap. Ingat, Jangan sampai dia tahu."

Rozana mengerut dahi lalu perlahan kepalanya ditoleh ke kiri, tiada sesiapa. Setelah menoleh ke kanan, dilihat sebuah kereta dan pemilik kereta itu menunjuk isyarat tangan padanya.

"Fine! Tak payah beria sangat nak perhati aku, tak lari kemana pun budak tu." balas Rozana terselit sedikit perlian dihujung ayatnya.

Pemanggil disebelah talian tertawa sinis sebelum panggilan ditamatkan. Rozana menyimpan telefon miliknya ke dalam beg tangannya.

"Nur, jom!"

*

*

*

Hari pertama Nur Husna bekerja sebagai cashier di kedai buku itu tak menjadi satu masalah untuk dia berkomunikasi atau bertanya sesuatu bila pekerja disitu juga peramah dan mesra dengannya.

Dia bekerja untuk shif petang sahaja yang bermula dari jam 3 petang hingga 10 malam.

Dia tak perlu risau jika pulang waktu malam kerana Rozana akan menjemputnya pulang bila berkesempatan kalau tak sempat dia naik teksi saja.

Rozana yang ingin menghantarnya ke tempat kerja ditolak secara lembut kerana tak mahu menyusahkan wanita itu lagi.

Rozana yang memberi tempat tinggal dan membantunya mencari kerja sudah lebih daripada cukup.

Sepanjang enam hari Husna bekerja, dia mula mendapat rakan baru di tempat kerjanya. Dapat dia rasakan kebebasan seperti orang lain apabila terlepas dari menjadi mangsa dera Puan Maimunah.

Mr Killer's Girl  |✔|Where stories live. Discover now