🍁 - [3]

69.9K 3.3K 170
                                    

Nur Husna menyusun pinggan mangkuk dengan berhati-hati, tubuhnya yang lemah tak bermaya diabaikan.

Sudah dua hari dia dilanda demam panas, ingin ke klinik desa makciknya tak benarkan jadi terpaksa dia bertahan dengan meminum bergelas-gelas air masak.

"Aku nak ke pekan, kau jangan berani nak keluar! Faham?!" laung Puan Maimunah dihujung pintu rumah.

Husna meletakkan baki pinggan yang belum disusun sebelum tergesa-gesa meluru ke arah Puan Maimunah.

Dia ingin memesan ubat kerana badannya sudah tak bermaya dan tak terdaya untuk melakukan kerja.

Berhenti dimuka pintu, Husna memandang ibu tirinya yang sedang tergesa-gesa itu.

Dia harap Puan Maimunah bersimpati dengannya, dia betul-betul tak larat.

"Makcik, Nur nak pesan ubat boleh? Nur tak larat makcik, badan Nur panas teruk." tutur Husna perlahan sambil menunduk ke bawah.

Puan Maimunah menyangkut beg tangan di bahu kanannya, Nur Husna yang mengadu itu tak dihiraukan.

Lebih baik kalau budak tu mati terus, hidup suka menyusahkan orang!

"Eh! Aku takde masa lah nak beli ubat untuk kau. Kau jangan nak pura-pura sakit pulak! Aku tengok kau sihat je, tak mampus pun kalau demam! Mengada!"

Kepala Husna ditunjal berkali-kali, memang terasa suhu badan Husna yang panas membahang itu tapi dia tak kisah.

Kalau Husna dah nazak, itupun kalau dia baik hati dia hantar lah ke hospital. Tak pun halau je masa nazak tu, biar dia rasa!

Manakal Husna yang mendengar kata-kata pedih ibu tirinya itu tidak dapat menahan aitmatanya yang mula bergenang.

Dia kalau boleh tak mahu menyusahkan Puan Maimunah tapi dia terpaksa. Kalau tubuhnya lemah pasti kerjanya tak siap, dan mesti dia bakal menjadi mangsa dera wanita itu nanti.

"Tapi makcik, Nur betul-betul tak larat. Dah dua hari Nur demam. Nur mintak tolong makcik kali ni je." sayu suara Husna meminta tolong ibu tirinya.

Puan Maimunah mengetap gigi, geram dengan kedegilan Nur Husna.

Tak semena-mena tubuh yang tak bermaya itu ditolak kasar hingga belakang tubuh kecil gadis itu terhentak di meja pasu bunga. Tak dihiraukan Husna yang mengerang sakit itu.

"Kau ni tak faham bahasa ke?! Sakit tu engkau bukan aku! Kau dengar sini, aku tak izinkan kau makan ubat! Kalau kau mampus lagi senang! Menyusahkan!"

Serentak itu, Puan Maimunah berpaling setelah menutup kasar pintu rumah membiarkan anak tirinya yang tersedu-sedan menangis.

Dia tak peduli, sudah lama dia membiarkan gadis itu tinggal bersamanya tapi tetap juga menyusahkan dia.

Husna menggosok belakang badannya yang terhentak kuat itu sambil teresak-esak menangis, pedih dan mencucuk dirasakan bila terkena pada bekas lebamnya yang masih belum sembuh itu.

Husna hanya minta dibelikan ubat dan itu yang dia dapati sebagai balasannya.

Jiran-jiran yang terserempak dengannya dijeling tajam, selalu sibuk menjaga tepi kain orang! Kalau dia dera Husna pun, itu hal dia. Mereka yang lain tak perlu masuk campur.

Mr Killer's Girl  |✔|Where stories live. Discover now