🍁 - [57] LA TORTURA (II)

37.6K 1.7K 168
                                    

WARNING:

ABUSE/TORMENT
MATURE CONTENT/LANGUANGE
MAY NOT SUITABLE FOR SOME READERS!

Carl Que Alexander menghembus asap rokok perlahan, asap putih pekat keluar dari hidung dan mulutnya.

Manakala mereka yang lain hanya berbual kosong sementara menunggu tindakan Carl Que Alexander yang seterusnya.

Kini, giliran Joe pula untuk diseksa oleh mereka. Serasa tidak sabar saja, lelaki itu sudah lama bermain api tanpa dia tahu bahawa—

Api tersebut yang menjadi lawannya.

"Lagi sikit." ujarnya perlahan sambil tersenyum sinis.

Bunyi pecahan kaca dalam bilik kecil yang tersedia dalam bilik seksaan tersebut kedengaran dan juga didihan minyak panas yang menggelegak memenuhi ruang bilik itu.

Semestinya khas untuk mangsa mereka yang satu itu.

Carl Hans Mikael melangkah keluar daripada bilik kecil tersebut sambil membawa sebekas kaca yang sudah dihancurkan lalu diletakkan ke atas meja. Jam yang berada di tangan kirinya dilihat sesaat sebelum tersengih kecil.

"Cominciamo!" (Let's start) tangan ditepuk sekali.

Kesemua mereka yang berada di dalam bilik itu mula mempamerkan wajah yang penuh teruja terselit kejahatan.

Seksaan adalah salah satu perkara kegemaran mereka. Ianya menarik dan menyeronokkan.

Giovvani mengangkat sebelah keningnya pada Carl Que Alexander sambil tersenyum senget sebelum bangun dari duduknya lalu dia berjalan menghampiri Joe yang terbaring di atas meja kayu itu.

Wajah kusam dan juga terdapat kesan lebam kebiruan Joe dipandangnya kosong.

Dagu Joe dicengkam, ketawa halus keluar dari bibirnya saat Joe mencuba untuk melarikan wajahnya.

Masakan tidak, lelaki itu tahu bahawa penyeksaannya belum lagi tamat dan menunggu masa untuk diriwayatkan talian hidupnya.

"Non vuoi dirmi cosa ne pensi?" (Don't want to tell me what you think) bisiknya sinis lalu tergelak kecil.

Joe merenung tajam wajah mengejek Giovvani. Cengkaman pada dagu Joe dilepaskan perlahan sebelum bersandar di dinding berdekatan dengan meja yang menempatkan Joe.

Seorang anak buah Carl Que Alexander yang berada di situ memberikan sebuah bekas kecil yang mengandungi beberapa ekor kala jengking di dalamnya pada Giovvani.

Carl Ayden hanya memerhati tanpa masuk campur.

Kini, giliran anaknya pula untuk melakukan penyeksaan. Mahu melihat bagaimana reaksi Joe bila apa yang dia lakukan dari dulu hingga sekarang akhirnya memakan diri sendiri.

Carl Que Alexander memberi isyarat mata pada anak buahnya, diperhati tubuh Joe yang dipenuhi dengan kesan darah kering itu dengan senyuman sinis di bibir.

Kulit tubuh Joe yang sedikit terkoyak akibat seksaan tempoh hari. Betis kanan Joe yang berlubang dengan tikaman yang dilakukan oleh adiknya, Carl Hans Mikael.

Mr Killer's Girl  |✔|Where stories live. Discover now