🍁 - [63]

46K 2.1K 265
                                    

Nur Husna duduk bersandar di sofa di ruang tamu rumah milik Carl Que Alexander, siaran yang disiarkan langsung tak menarik perhatiannya.

Fikirannya menerawang memikirkan suaminya.

Paling membuatkan Nur Husna gembira apabila suaminya kini berubah ke arah yang makin baik untuk diri sendiri dan juga untuknya.

Carl Que Alexander tak lagi membengis setiap masa, malah selalu tersenyum dan mesra.

Semuanya berkat dari doanya dan bantuan Zara Nafisa dan juga Carl Hans Mikael yang memberi cara untuk melembutkan hati lelaki itu.

Permulaannya memang susah untuk dilakukan tapi lama kelamaan ianya berhasil.

Teringat tentang adik iparnya, Carl Hans Mikael dan Damia Aisyah kini berada di New Zealand sempena bulan madu mereka berdua.

Memandangkan Carl Hans Mikael mempunyai urusan penting sebelum ini jadi bulan madu mereka agak lewat disambut.

Seketika, fikiran Nur Husna teringatkan ke arah Aressa. Satu-satunya gadis yang dia rindui dan juga dianggap sebagai kakak sendiri itu yang berada di Itali.

Jarak umurnya dan Aressa yang hanya berjarak dua tahun, sama seperti Carl Que Alexander.

Tak dia duga bahawa kini Aressa telah menukarkan agamanya setelah bersepakat dengan Black untuk membina ikatan suci dalam masa yang terdekat.

Black kini menetap di Itali bersama Aressa.

Sedang dia termenung jauh, tiba-tiba matanya ditutup seseorang daripada arah belakang.

Perlahan bibirnya mengukir senyuman saat dia tahu siapa gerangannya melalui wangian daripada tubuh gerangan tersebut.

"Hola, mi niña." (my girl)

Carl Que Alexander menjauhkan tapak tangannya yang menutup mata Nur Husna.

Lalu dia mengambil tempat disebelah isterinya di sofa ruang tamu itu. Tepi dahi Nur Husna dikucup pantas.

"Kenapa abang senyum semacam je? Ada yang Husna tak tahu ke?" soalnya lembut sambil merenung suaminya.

Carl Que Alexander tersengih kecil lalu sehelai kain lembut bewarna hitam dikeluarkan daripada poket seluarnya.

Wajah Nur Husna berkerut hairan melihat kain halus ditangan suaminya itu.

"Yes. Ada yang kau tak tahu. Kalau nak tahu, kau kena tutup mata dulu." balasnya ringkas sambil tersenyum.

Nur Husna tersenyum kecil seraya mengangguk, jelas terpancar riak teruja dimatanya. Ingin tahu apa yang suaminya rancangkan.

Dia sudah masak dengan perangai Carl Que Alexander yang suka membuat kejutan itu.

Kain halus tersebut segera ditekapkan pada mata Nur Husna lalu diikat agak kemas tapi tak menyakitkan mata isterinya.

Setelah itu dia bangun lalu menarik lembut tangan Nur Husna supaya turut bangun daripada sofa tersebut.

"Abang, kalau Husna jatuh macam mana?" Husna bersuara perlahan dengan nada risau.

Penglihatannya gelap tanpa sebarang cahaya, dia cuma risaukan bayi dalam kandungannya saja.

Mr Killer's Girl  |✔|Where stories live. Discover now