🍁 - [65]

42.9K 2K 129
                                    


Aressa mengeluh kecil. Dipandang sekeliling ruang tamu rumahnya yang sepi itu, fikirannya memikirkan Black.

Susuk tubuh lelaki itu tak kelihatan selama dua hari ini. Semuanya kerana lelaki itu cemburu dengannya.

Tak terniat untuk membuat lelaki itu cemburu tetapi sepupunya; Mark datang tempoh hari melawatnya.

Malah Mark memang jenis yang terlebih jika berkenaan dengan dirinya. Jadi, disebabkan dia bermesra dengan lelaki itu, Black tak mahu bercakap dengannya. Haih!

Selama dua hari dia cuba berbual dengan Black tetapi lelaki itu selalu saja mengelak. Malah bila bertembung pun Black seolah-olah tak mengenalinya.

Kini dia tahu kalau lelaki itu merajuk memang persis seperti perempuan, susah betul nak pujuk!

Aressa tersenyum nipis saat mendengar bunyi pintu utama rumah dibuka dari luar, semestinya Black sudah pulang. Dari mana pun dia tak pasti.

Lantas dia berlari anak ke arah speaker yang berada di sebelah tv itu lalu telefon bimbitnya dikeluarkan.

Setelah menyambungkan plug dan juga mengaktifkan bluetooth di telefon bimbitnya dan disambungkan dengan speaker tersebut.

Lagu kegemarannya dipilih lalu ditekan butang play, volume speaker dipusing hingga mencecah 100%.

Ruang tamu rumahnya serta-merta bergema dengan lagu yang dipasang.

Aressa tergelak kecil sebelum menutur bait-bait lirik lagu tersebut seraya menari tanpa menghiraukan sesiapa.

Si tu te mueves como me muevo voy contigo ♪
Que si me gusta tu cuerpo niña ven conmigo ♪

Tubuhnya meliuk lentuk mengikut rentak lagu lalu dipusing-pusing badannya dengan, dihujung mata dapat dilihat susuk tubuh Black melangkah masuk ke ruang tamu.

Here we go in uno, dos, tres ♪
Here we go, I like this ♪

Aressa memusing tubuhnya perlahan sebelum dengan keadaan yang masih lagi menari-nari, dia mendekati Black yang terkebil-kebil melihatnya itu.

Mungkin lelaki itu hairan dengannya yang tiba-tiba saja menari.

Here we go in uno, dos, tres ♪
Here we go, I like this ♪

Sebaik berada berdekatan dengan lelaki itu, kolar baju Black dicengkamnya lembut dengan sebelah tangan lalu sebelah tangan lagi memeluk leher Black seraya meneruskan tariannya.

Tak dihiraukan wajah berkerut hairan Black.

Black diam tanpa suara, matanya tajam merenung gadis dihadapannya itu yang sedang asyik menari sekaligus memaksa tubuhnya dan membuatkan dia turut menari sama dengan Aressa.

"Stop Aressa."

Aressa tersengih halus melihat wajah tak beriak Black lalu tangan yang mencengkam kolar baju Black dilepaskan dan dengan pantas tangan Black digenggamnya sebelum menarik tangan lelaki itu supaya turut menari dengannya.

Niña ay mi niña, ♪
Si, te quiero, crees mas y mas en mi ♪

Black memejam rapat matanya menahan perasaan di hati, dan tanpa Aressa sedar bahawa pakaian yang dipakainya dan juga lenggok tarian gadis itu benar-benar menggugat imannya.

Mr Killer's Girl  |✔|Where stories live. Discover now