🍁 - [17]

60.4K 2.7K 96
                                    


Damia tersengih-sengih melihat rancangan yang disiarkan di kaca tv yang menunjukkan aksi romantik suami isteri di sebuah restoran itu. Sekejap dia tersenyum, sekejap menekup wajahnya.

"Aww! Tak aci! Nak husband macam dia jugak.."

Puan Laila menggeleng kepala melihat telatah anak daranya yang seorang itu. Rutin harian Damia jika selesai menolongnya di dapur terus menghadap tv.

"Nak sangat macam tu, baik Mia kahwin je. Lagipun lelaki yang minta izin nak bawak Mia keluar haritu pun baik je Umi tengok." jelas Puan Laila sambil tersenyum penuh makna.

Terbuntang mata Damia dengan kata-kata Puan Laila. Bagaimana Uminya tahu dia keluar bersama dengan encik serial killer tempoh hari? Terkebil-kebil matanya memandang Puan Laila.

"M-macam mana Umi tahu? Maaf, Mia tak bermaksud nak tipu Umi. Tapi -" terus dia menggenggam kedua belah tangan Uminya memohon maaf.

Puan Laila menggeleng kecil sambil tersenyum, dia tak marahkan Damia. Anak gadisnya itu taat dan selalu menghormatinya. Jika ada kesalahan yang dilakukan, Damia akan mudah rasa bersalah.

"Mia tak tipu Umi, lagipun lelaki yang keluar dengan Mia tu dah minta izin dengan Umi. Bukan salah Mia. Mia takkan tak suka dekat dia? Umi tengok dia okay je." duga Puan Laila dengan wajah seriusnya.

Damia menjuih bibirnya dengan wajah meluat. Encik serial killer tu memanglah boleh buat bakal suami. Tapi, lelaki itu misteri betul!

Dia sendiri masih ingat pengakuan lelaki itu yang mengatakan bahawa dia merupakan pembunuh bersiri. Hish! Seram.

"Mia tak nak lah dekat dia Umi. Abang handsome tu- " tersengih malu dia bila tersasul menggunakan gelaran yang biasa dia sebut pada lelaki itu. Puan Laila pula makin melebar senyumannya.

Anak dara dia yang ni seorang memang mudah mencuit hati orang dengan sikap dan tingkahnya tambah lagi mulut gadis itu yang tak reti diam. Haih.

"- Ehm! Maksud Mia, Mia tak suka lah dekat dia tu. Muka dah macam peti ais je, beku. Lepastu kan Umi, dia suka ugut-ugut Mia. Tak suka lah. Huh!"

Belum sempat Puan Laila membuka mulut ingin bertanya, terdengar orang memberi salam diluar rumah.

Mereka berdua saling berpandangan dengan wajah hairan.

"Mia pergi tengok siapa datang. Umi nak kebelakang sekejap, dah masak rasanya ubi yang Umi rebus tadi." pinta Puan Laila lalu beredar ke dapur dengan senyuman tersirat dibibir.

Damia akur, tudung yang tersangkut dicapai lalu disarungkan dikepalanya sambil melangkah ke arah pintu rumah.

Dengan senyuman manis dibibir, dia membuka pintu rumah. Kata Uminya, kita kena maniskan muka dengan tetamu yang datang.

"Waalaikum -" mati senyuman yang terukir manis sebentar tadi.

BAM!

Bergegar pintu rumah ditutupnya kasar akibat terkejut melihat susuk tubuh lelaki itu.

Dengan wajah pucat tak berdarah dan jantung yang berdegup kencang, dia bagaikan lipas kudung berlari ke arah dapur dimana Uminya berada.

Mr Killer's Girl  |✔|Where stories live. Discover now