SPECIAL CHAPTER : CARL'S & THE GANG

40.7K 1.8K 73
                                    


Suasana Cafe yang menjadi tumpuan orang ramai riuh dengan suara pelanggan yang berada di meja sudut paling hujung itu.

Sesekali pelanggan yang ada turut sekali tergelak sama melihat ragam sekumpulan lelaki yang berada di meja tersebut.

Mereka yang terdiri daripada Carl Que Alexander yang duduk bersebelahan dengan Black. Dihadapan mereka berdua pula Carl Hans Mikael dan juga Aris.

Disudut hujung sebelah kanan diduduki Syuk dan dihujung sebelah kiri pula Bob dan disebelah Bob pula Sam.

Sedang mereka rancak berbual sambil bergelak tawa, Sam yang sedang menyisip air menggunakan straw yang terkepit di bibirnya itu tersedak kuat sambil memerhati dua orang lelaki yang melangkah masuk dalam Cafe tersebut.

"Kau apahal? Minum air pun nak tersedak jugak ke?" tegur Syuk hairan melihat wajah merah padam Sam.

Mereka yang lain turut mengiayakan apa yang dikatakan Syuk. Sam menggeleng kepala kecil dengan mata yang tajam memerhati lelaki sebentar tadi.

Lalu jarinya dihalakan pada lelaki itu membuatkan mereka yang lain turut memandang ke arah yang ditunjukkan Sam.

"Kenapa dengan polis tu? Aku takde hal dengan dorang pasal aku tak jual dadah dalam cafe, aku online je." ujar Bob sambil tergelak kuat.

"Bodoh! Aku rasa kau orang pertama tidur dalam jail tu." sampuk Aris dengan ketawa sinisnya.

Carl Que Alexander tergelak melihat wajah tak puas hati Bob dengan sindiran Aris lantas dia kembali melihat wajah gusar Sam.

Mana tak panas punggung kalau hari-hari sedut serbuk putih tu. Haih!

"Relaxs, Sam. Kau buat tak tahu je, dorang datang nak minum bukan nak tangkap kau." tenang Black bersuara.

Seketika dia tersenyum sinis sebelum berdehem perlahan lalu tanpa menghiraukan rakannya yang lain, sebelah tangan diangkat menggamit seorang anggota polis lelaki itu membuatkan Sam tak senang duduk sambil menyumpah seranah Carl Que Alexander l.

"Sial kau Que! Kau panggil dorang buat kejadah apa?!"

Mereka yang lain faham dengan apa yang difikirkan Sam terus ketawa kuat, sememangnya Carl Que Alexander selalu saja mencari cara untuk mengenakan salah seorang daripada mereka.

Seorang anggota polis yang berpakaian seragam dan tertera nama 'Aliff' di tag namanya berdiri dihadapan mereka semua dengan wajah serius yang bercampur hairan itu.

Tipikal, bila curiga akan sesuatu.

"Tuan, saya nak buat laporan sikit. Dua hari lepas saya ada nampak mamat yang edar dadah dekat lorong tu."

Sam hanya menunduk berpura-pura bermain dengan telefon bimbitnya dengan rahang yang terketap rapat.

Sudah masak dengan prank Carl Que Alexander yang gila-gila itu.

"Memang pihak kami tengah cari suspek utama tu tapi masih belum jumpa. Saya harap kalau ada apa-apa maklumat, tolong beri kerjasama." ujarnya seraya tersenyum tipis.

Syuk dan Bob berbisik sesama mereka sambil menahan ketawa melihat wajah bengang Sam yang jelas tak senang duduk itu.

Manakala Black dan Aris hanya beriak biasa, Carl Hans Mikael pula mengetap rapat bibirnya menahan suara ketawanya dari keluar.

"Tak ada masalah Tuan, saya rasa saya tahu siapa dia. Kalau Tuan nak tahu saya boleh tunjuk."

Serta-merta Sam mendongak merenung tajam Carl Que Alexander yang tersenyum sinis padanya itu.

Mr Killer's Girl  |✔|Nơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ