🍁 - [38]

45.5K 2.2K 60
                                    

Nur Husna mengerling jam di dinding biliknya, sudah mencecah angka 10 malam tetapi suaminya masih belum pulang.

Aressa pula tak kelihatan sejak dari semalam lagi, hairan juga dia kemana perginya gadis itu.

Pakaian Carl Que Alexander yang sudah diseterika disangkut ke dalam almari satu-persatu. Suaminya melarang untuk membuat kerja rumah dan diserahkan pada pembantu rumah.

Tapi dia membantah, tak perlu rasanya jika berkaitan dengan pakaian suaminya diuruskan pembantu rumah dan dia lebih selesa melakukan sendiri tugasan itu lagipun itu tugasnya sebagai isteri.

Pakaian terakhir yang dipegangnya dipandang sebelum dia teringat akan hari dimana Carl Que Alexander sengaja mengenakannya.

Dia tersenyum nipis.

Nur Husna memegang hujung baju suaminya yang tersangkut di dalam almari itu sambil memandang suaminya dengan perasaan hairan

"Bukan! Yang hujung tu.."

Berkerut wajah Nur Husnaz lantas dia mengambil t-shirt bewarna hitam lalu ditunjukkan pada Carl Que Alexander tetapi lelaki itu menggeleng kepala.

"Abang cakap yang hujung. Yang ni lah." ujarnya perlahan.

Carl Que Alexander menyilangkan tangan didadanya Dia merenung tajam wajah terkebil-kebil isterinya.

"Tak! Kat hujung belah kiri, yang kau ambil tu belah kanan."

Nur Husna mengetap bibirnya perlahan dapat dirasakan suaminya seperti sengaja mahu mengenakannya.

Sudah lima belas minit dia mencari baju yang dikatakan Carl Que Alexander.

Sehelai baju bewarna hijau turquoise diambil lalu dia memberikan pada suaminya tetapi Carl Que Alexander menggeleng lagi.

"Habis yang mana? Semua yang abang cakap Husna dah ambil tapi bukan jugak." katanya dengan wajah berkerut geram.

Carl Que Alexander tersenyum sinis. Dia menghampiri Nur Husna lalu baju yang dipegang isterinya diambil dan disangkut kembali.

Mr Killer's Girl  |✔|Where stories live. Discover now