🍁 - [26]

54.6K 2.4K 117
                                    

Carl Que Alexander menendang kerusi kayu di dalam kelas tersebut kuat hingga terbalik. Naik turun nafasnya dengan wajah yang membengis.

Hatinya tak henti-henti menyalahkan diri sendiri. Salah dia kalau ingin melindungi adiknya? Salahkah dia?

"Aku tak teragak-agak kali ni nak sentuh adik kau, Que. Kalau aku bunuh dia sekalipun, aku akan buat. Kau bodoh kalau kau rasa boleh kencing aku!"

Terngiang-ngiang lagi kata berbaur amaran Joe padanya. Dan masih segar lagi ugutan Joe seketika tadi.

Jika boleh, mahu dia hapuskan Joe tetapi adiknya lebih penting tika ini. Dia bingung bagaimana mahu memulihkan keadaan seperti dulu.

Beg sekolahnya disangkut pada bahu sebelum berlalu keluar daripada kelas dengan wajah kusut dan fikiran yang berserabut.

Dia harus mencari cara untuk menghentikan perbuatan Joe.

Baru beberapa langkah dia berjalan, seorang pelajar tergesa-gesa berlari ke arahnya lalu tangan Carl Que Alexander digoncang berkali-kali dengan nafas yang tercungap-cungap.

"Abang! A-adik abang! Hujung sana! Cepat!" jari telunjuk dihalakan pada arah pagar sekolah.

Carl Que Alexander merenung wajah pelajar lelaki itu tajam sebelum beg sekolahnya dicampak ke lantai lalu berlari laju ke arah yang ditunjukkan pelajar tersebut.

Joe semakin melampau!

"Celaka kau Joe!"

Hampir menitis airmata lelakinya sebaik melihat Joe sedang membelasah adiknya bertubi-tubi dengan dua lagi rakannya memegang kedua belah tangan adiknya daripada melawan.

Carl Hans Mikael merenung sayu ke arah abangnya dengan nafas lemah. Seluruh badannya tak bermaya.

Bukan setakat ditumbuk tetapi turut dipukul dengan kayu yang dibawa Joe.

BUK!

Carl Que Alexander meluru ke arah rakan Joe yang menahan tangan adiknya itu lalu dilepaskan tumbukan padunya sekuat hati.

Ditendang seorang lagi rakan Joe tepat pada perut lelaki itu. Joe hanya tersengih melihat amarah Carl Que Alexander.

Mr Killer's Girl  |✔|Where stories live. Discover now