🍁 - [9]

65.5K 3.1K 127
                                    


"

Dulu, cita-cita nak jadi gengster ke?"

Carl Que Alexander merenung tajam wajah hairan lelaki tersebut. Kesempatan yang ada diambil oleh Carl Hans Mikael.

Dengan pantas dia menendang perut lelaki berkepala botak itu menggunakan kaki kanannya dari arah belakang hingga lelaki itu turut terdorong kebelakang.

BUKK!

Wajah lelaki yang memegang kayu besbol di sebelah kirinya pula diberi tumbukan padu bertubi-tubi.

Sementara Carl Que Alexander laju menerpa ke arah lelaki berkepala botak itu yang dilihat sedang menekan-nekan perutnya dengan wajah berkerut sakit.

"Arghh!"

Lelaki yang memegang pisau ditangannya tadi meraung kesakitan bila tanpa dalam keadaan bersedia Carl Hans Mikael menendang tepi kepalanya kuat hingga lelaki itu rebah di atas jalan tar. Kepalanya berpinar-pinar seketika.

Lelaki yang memegang kayu besbol tadi juga turut bersandar lemah ditepi kereta setelah ditumbuk Carl Hans Mikael bertubi-tubi, wajahnya dipenuhi dengan kesan darah yang mengalir keluar.

Carl Que Alexander pula mengangkat tinggi kaki kanannya lalu dilayangkan pada bawah dagu lelaki berkepala botak itu, darah tersembur keluar dari mulutnya.

"Call Syuk!" arah Carl Que Alexander pada adiknya lantang.

Carl Hans Mikael mengangguk, sempat ditendang kepala lelaki yang tersandar lemah di pintu kereta sebelah pemandu miliknya. Lelaki itu meraung sakit dalam keadaan terlentang di atas jalan tar.

Carl Que Alexander menghampiri lelaki berkepala botak itu dengan nafas yang turun naik sambil mengukir senyuman sinis dibibirnya.

Dari awal lagi dia perhati gerak-geri lelaki itu yang berkomplot dengan orang ternama untuk membunuh adiknya .

Siapa sangka, dalam diam dia mengawasi adiknya dari jarak jauh. Penyiasat juga diupah untuk menyiasat maklumat mengenai musuh dalam selimut Carl Hans Mikael.

Dia akui, adiknya itu mempunyai ramai pesaing yang mahu menjatuhkan adiknya.

"Aku tahu kau nak duit kan? Bagitahu aku siapa yang upah korang?" soalnya dengan nada dingin dan pandangan tajamnya.

Lelaki berkepala botak itu memejam rapat matanya dengan wajah berkerut dan mulut yang sedikit terbuka, perit dan pedih dirahangnya dirasakan.

"Aku tak tahu!" dalih lelaki berkepala botak itu sesikit tercungap.

Carl Que Alexander berdecit perlahan. Leher lelaki itu dicekiknya dengan sebelah tangan lalu ditarik ke atas supaya berhadapan dengan wajahnya.

Dia menoleh sekilas ke arah dua orang lagi lelaki yang masih dalam keadaan lemah.

"Pisau." pintanya pada Carl Hans Mikael tanpa menoleh ke arah adiknya.

Carl Hans Mikael tanpa berlengah terus mengambil pisau yang berada agak jauh dari lelaki berdua itu, mungkin terpelanting ketika mereka bergelut tadi lalu dilempar pada abangnya.

"Aku boleh bagi kau duit. Berapa kau nak kau cakap je. Tapi bagitahu aku dulu siapa yang upah kau!" desaknya dengan wajah tak beriak.

Lelaki berkepala botak itu tetap enggan memberitahu siapa yang mengupah mereka malah dia tergelak kecil dengan darah yang terpercik di mulutnya. Mengejek Carl Que Alexander.

Kepala digeleng sekali, lelaki berkepala botak itu benar-benar membuatkan dia hilang sabar.

Senyuman sinis terukir dibibir lalu pisau yang berada ditangannya diangkat tinggi.

Mr Killer's Girl  |✔|Where stories live. Discover now