🍁 - [49]

41.5K 2K 145
                                    

Damia menunduk kepala kebawah sambil teresak-esak menangis. Seluruh tubuhnya sudah tak bertenaga untuk bergerak tika ini.

Sedaya-upaya dia cuba untuk bertenang dan berharap ada yang datang untuk menyelamatkannya.

Dia tak tahu kemana dia dibawa dan dimana dia berada sekarang. Apa yang dia tahu, sewaktu dia tersedar, dia sudah berada dalam bilik tersebut.

Keadaannya tika ini tersandar lemah di dinding konkrit tersebut dengan kedua belah tangannya yang digari kemas.

Rambutnya pula yang tak bertudung membuatkan hatinya makin sebak.

Di dalam bilik yang diterangi cahaya lampu itu diperhati untuk mencari jalan keluar tetapi semuanya tertutup.

Tiada tingkap cuma pintu bilik saja. Bilik tersebut hanya mempunyai sebuah katil dan juga meja kecil yang berada ditengah-tengah bilik.

Sudah lama dirasakan dia dikurung di dalam bilik tersebut. Tapi tiada sesiapa yang memunculkan diri. Jantungnya berdegup kencang.

"Tolong! Tolong!"

Bunyi dentingan besi yang terhasil daripada pergelangan tangannya yang digari itu memenuhi ruang bilik tersebut sebaik dia menggerakkan badannya.

Besi yang terlekap kemas dipergelangan tangannya teramat berat dan membuatkan Damia tak berdaya untuk mengangkat tangannya.

Dia tak pasti sudah berapa lama dia berada dalam bilik tersebut.

"Tolong lah.. Lepaskan saya.. Tolong.. Hans.. Mia nak balik.. Tolong Mia."

Terhinjut-hinjut bahunya menangis, hanya tangisan dan juga bunyi besi yang menggari tangannya saja yang kedengaran.

Damia memejam rapat matanya lalu kepala disandar pada dinding bilik tersebut.

Dia kini duduk bersandar pada dinding bilik dengan mata terpejam rapat, airmata setia mengalir keluar dihujung matanya tanpa ada tanda-tanda untuk berhenti.

Wajahnya pucat dan terdapat kesan lebam di tepi bibirnya.

Sudahlah baru berapa minggu ibunya dibunuh dengan kejam. Kini, nasib baik tak menyebelahinya bila dia diculik dan dikurung oleh laki yang tak dikenalinya.

Tambah pula dia tak tahu apa kesalahan yang dia lakukan. Sesaat, dia teringatkan Carl Hans Mikael. Mungkin juga ini yang dimaksudkan lelaki itu.

Seketika, Damia tersentak sebaik pintu bilik dirempuh kasar dari luar dan dia kekal memejamkan matanya kerana tak mahu berhadapan dengan lelaki yang menculiknya itu. Dia benar-benar dalam keadaan ketakutan tika ini.

"Betina! Bangun lah bodoh!"

Suara seorang perempuan yang menengkingnya membuatkan Damia membuka kelopak matanya perlahan dan apa yang dilihatnya hanya susuk tubuh seorang perempuan sedang merenungnya tajam.

Dengan lurusnya, Damia mula terasa lega bila dia fikirkan bahawa perempuan di hadapannya itu bakal membantunya, tapi alangkah silapnya dia.

"Cik, tolong saya.. Tolong lepaskan saya.." rayunya perlahan sambil merenung sayu gadis itu .

Perempuan yang hanya mengenakan skirt separas lutut dan juga baju separas atas pusat itu dipandangnya dengan penuh berharap agar melepaskannya.

Mr Killer's Girl  |✔|Where stories live. Discover now