🍁 - [61]

42.3K 2.2K 157
                                    

'Mine'

Aressa memeluk tubuh Nur Husna erat, setelah berbual dengan isteri rakan lelakinya itu. Dia meminta diri untuk pulang ke negara asalnya hari ini. Segala urusannya di Malaysia sudah selesai.

Walaupun pahit untuk dia telan apa yang berlaku ke atasnya, tapi dengan sokongan dari bapa saudaranya dah ahli keluarga Carl Ayden, dia harus bangkit. Dia akan lupakan peristiwa hitam itu secara perlahan-lahan.

Tak ada sesiapa perlu disalahkan, ianya kerana Chris merangkap rakan baiknya itu yang terlalu gila dengan dendamnya sekaligus mengaburkan mata lelaki itu.

"You want me to speak Malay or Italian, sunshine?"

Nur Husna tersenyum kecil seraya melepaskan pelukan mereka. Terdetik rasa sedih di hati apabila Aressa membuat keputusan untuk pulang ke tempat kelahirannya.

Walaupun perkenalan mereka yang singkat tapi dia selesa dengan gadis itu.

Pun begitu, dia juga turut simpati dengan gadis tersebut yang niatnya hanya untuk menolong tapi nasib tak mneyebelahinya.

"Saya faham bahasa melayu je. Itali tak sempat lagi nak belajar." ujarnya sambil tergelak kecil.

"It's okay, sunshine."

Aressa mengangguk faham seraya melabuhkan punggungnya di birai katil. Tangan kecil Nur Husna disatukan dengan tangannya. Wajah Nur Husna dipandangnya dalam.

Berat juga hati untuk dia pergi tinggalkan perempuan yang dianggap sebagai rakannya itu. Mungkin jika berkesempatan dia akan melawat Nur Husna lagi.

"I dah belajar bahasa you dengan Xander masa dekat Itali dulu. Bila sampai Malaysia, I saja guna bahasa Itali sebab I tak nak kalau I terlepas cakap nanti plan I dengan Xander failed."

Berkerut dahi Nur Husna dengan penjelasan Aressa, dan dalam masa yang sama dia juga seakan tak percaya Aressa boleh bercakap dalam bahasa Melayu dengannya.

"I tahu you mesti pelik, kan? Sebelum I datang Malaysia, Xander dah pesan awal-awal, jangan cakap bahasa Melayu. So, I terpaksa lah buat-buat tak faham dan tak pandai cakap Melayu. Understood?"

Nur Husna mengangguk perlahan setelah memahami apa yang disampaikan oleh gadis itu.

Manakala Aressa tersenyum melihat wajah polos Nur Husna. Dia berdehem kecil.

"Okay, Sunshine.  tak boleh lama lagi dengan you sebab I kena pergi KLIA. I cuma nak minta maaf kalau sebelum ni I sakitkan hati you or whatsoever. Trust me, tu semua husband you yang paksa I.."

"Jangan salah faham, dia buat semua tu sebab nak you boleh protect diri you bila dia tak ada. I tahu cara dia kasar sikit kan? Tapi dia betul-betul sayangkan you. I pun sayang you tapi tugas I dekat sini dah habis."

Aressa mencubit perlahan pipi Nur Husna, mereka berdua tertawa kecil. Jam ditangan ditilik sekilas sebelum dia mengeluh berat sambil bangun berdiri.

"Take care,Husna. Jangan lupa hantar gambar baby you dekat I nanti. I will miss you, sunshine."

Tubuh Nur Husna dipeluknya erat lalu kedua belah pipi Nur Husna dikucupnya. Senyuman manis diberikan pada Nur Husna sebelum dia melangkah keluar daripada bilik tidur milik Carl Que Alexander.

Mr Killer's Girl  |✔|Where stories live. Discover now