🍁 - [55]

41.8K 2K 274
                                    


Carl Que Alexander mengucup dahi Nur Husna sekilas. Wajah pucat isterinya yang masih belum sedarkan diri itu direnung sejenak.

Mata beralih ke arah perut Nur Husna, senyuman kecil terukir dibibirnya.

"Aku tak kira berapa lama pun, aku tunggu kau bangun. Aku tahu aku suami paling jahanam untuk kau, tapi jangan buat aku macam ni, Husna."

Pipi kanan Nur Husna diusapnya perlahan lalu tapak tangannya beralih ke arah perut isterinya dan turut diusap lembut sebelum wajahnya dirapatkan pada perut Nur Husna.

Terasa tak sabar untuk dia maklumkan pada isterinya tentang berita gembira tersebut.

Mujur saja bayinya tak apa-apa, mahu dia bunuh semua mereka dengan segera.

"Jaga mama tau. Suruh mama bangun cepat-cepat, cakap dekat mama— papa rindu. Baby pun rindu mama, kan? Papa ada hal sikit, nanti papa teman mama dengan baby."

Perut Nur Husna dikucupnya lama, dipandang wajah isterinya sepintas lalu sebelum melangkah keluar daripada bilik tersebut.

Kedua orang bawahannya yang berpakaian serba hitam yang berada di luar pintu bilik menunduk sedikit kepala padanya.

"Keep your eyes open!" pesannya tegas pada dua orang anak buahnya itu.

Seketika, keluar saja daripada bangunan hospital tersebut Carl Que Alexander tergelak sinis melihat lelaki berpakaian serba hitam yang berbaris berdekatan dengan keretanya.

Dua orang lelaki yang juga turut berpakaian serba hitam bersandar di tepi keretanya.

Carl Que Alexander melangkah perlahan menghampiri mereka berdua dengan wajah tak berperasaannya.

"La più crudele mafia, come stai?" (The most cruel mafia, how are you) tegur lelaki yang menindik subang kecil di bibir bawah sebelah kanan itu sambil tersengih kecil.

Carl Que Alexander berjabat tangan dengan mereka berdua.

Lelaki berdua yang merupakan rakannya di Itali dulu. Dan kedua mereka juga merupakan ahli kumpulan Mafia di Itali.

Dia tak kisah malah tak juga dia libatkan diri dalam kumpulan mereka, hanya sekadar rakan untuk dibawa berbual yang banyak membantunya di negara luar.

"Non sono una mafia Giovvani. Sto bene, just my wife's still unconscious." (I'm not a mafia Giovvani. I'm fine)

Nafas dihela kasar, lelaki yang mempunyai tatu disekitar lehernya menepuk lembut bahu Carl Que Alexander.

Cuba memberi semangat pada lelaki itu. Mereka tahu apa yang berlaku.

Mereka berdua turut terkejut mendengar apa yang telah berlaku pada ahli keluarga Carl Que Alexander.

Jadi mereka mengambil keputusan untuk terbang ke Malaysia melawat lelaki yang satu itu.

"Ada hal besar ke sampai Malaysia?" soalnya pada lelaki yang bertatu dileher itu.

"Nothing. How about your prisoners?"

Carl Que Alexander tersenyum sinis. Diperhati kesemua anak buah rakannya berdua itu yang berbaris.

Jika dilihat secara rambang mereka terdiri daripada dua ratus orang kesemuanya.

Mr Killer's Girl  |✔|Where stories live. Discover now