🍁 - [11]

62.6K 2.9K 92
                                    

Rozana tergamam bila pintu rumah dibuka terus tubuhnya dipeluk Nur Husna.

Dia cuba memproses apa yang berlaku sekarang dan juga memikirkan bagaimana Nur Husna boleh sampai di rumahnya tengah-tengah malam macam ni.

"Tolong Nur. Nur tak nak duduk dengan dia. Tolong Nur aunty!" cemas nada suara Husna.

Nur Husna meregangkan pelukannya lalu memandang sayu dan penuh berharap wajah bingung Rozana dengan airmata yang berlinangan.

Rozana satu-satunya harapan untuk dia larikan diri daripada lelaki itu.

"Aunty tak faham apa Nur cakap sekarang ni. Kita masuk dulu lepastu Nur cerita dekat aunty,okay? Jom, masuk."

Laju Nur Husna mengangguk lalu mereka berdua masuk ke dalam rumah, pintu ditutup rapat serta dikunci dari dalam.

Penampilan Nur Husna menghairankan Rozana; dengan tudung gadis itu yang entah kemana perginya.

Rozana duduk disebelah gadis itu yang masih lagi tersedu-sedan menangis. Dapat dia rasakan bahawa mesti sesuatu yang terjadi ataupun mungkin Carl Que Alexander mengapa-apakan Nur Husna.

Tapi tak mungkin.

"Nur takut. D-dia nak bunuh Nur."

Ternganga Rozana mendengar ayat yang keluar dari bibir Nur Husna. Tak mungkin lelaki itu ingin membunuh gadis ini sedangkan Carl Que Alexander separuh mati sayangkan Nur Husna.

"Nur, Nur salah faham ni. Takkan lah Que tu nak bunuh Nur. Dia sayangkan Nur tahu. Cerita dekat aunty kenapa Nur boleh sampai sini? Que buat apa dekat Nur?" soal Rozana sambil mengusap bahu gadis itu.

Nur Husna mendongak memandang Rozana, baru sekarang dia tahu nama lelaki itu Que.

Tapi dia tak kisah hal itu, dia cuma ingin pergi dari lelaki bernama Que. Itu saja. Dia dah tak peduli apa yang Rozana katakan.

Nafas ditarik dalam seraya mengesat airmatanya dengan belakang tapak tangan.

Nur Husna mula menceritakan apa yang berlaku dan macam mana dia boleh sampai di rumah Rozana. Jelas dia masih lagi takut dengan lelaki itu.

Tak berkelip mata Rozana mendengar apa yang diceritakan Nur Husna. Berani betul budak ni buat hal, dia sendiri pun kecut perut.

Bahu Nur Husna digenggam lembut.

"Nur! Kenapa Nur lari? Nur tak tahu lagi apa yang dia boleh buat dekat Nur nanti. Aunty tak boleh nak tolong apa lagi tapi aunty rasa baik Nur duduk dengan aunty dulu, ya?"

Nur Husna terdiam seketika, jantungnya mula berdegup kencang dengan apa yang didengarnya dari mulut Rozana. Dia turut risau jika lelaki itu berjaya menjumpainya nanti.

Apa yang perlu dia buat?

"Tapi Nur takut. Macam mana kalau dia tahu Nur ada dekat sini? Nanti dia mesti marah aunty macam haritu.." jelas risau nada suara Nur Husna.

Rozana memicit kepalanya, pening juga dia bila memikirkan tentang tindakan lelaki itu jika mengetahui Nur Husna berada di rumahnya.

Mr Killer's Girl  |✔|Where stories live. Discover now