🍁 - [44]

42.8K 2K 109
                                    

Damia dan Nur Husna yang sedang ketawa sambil menyiapkan pencuci mulut untuk juadah petang sebentar lagi diperhati sambil tersenyum nipis.

Pembantu rumah yang ditugaskan diberi rehat untuk seketika.

Sudah dua minggu berlalu, hubungan Damia Aisyah dan Nur Husna makin rapat. Pertalian antara mereka berdua turut diketahui oleh ahli keluarga yang lain.

Buat seketika, terasa bahagia saja keluarga Carl Ayden.

"Mia nak buat yang ni. Kakak tengok je nanti kalau salah kakak cakap dekat Mia. Okay?"

Nur Husna menggeleng kepala kecil dengan kedegilan adiknya itu lalu sebungkus tepung diberikan pada Damia seraya memerhati gadis itu.

Setelah ditebuk sedikit di hujung bungkusan tepung tersebut, Damia tersengih kecil. Nur Husna pula bergerak ke arah sudut dapur mengambil bahan yang diperlukan.

Carl Hans Mikael menghampiri Damia, perlahan saja dia berjalan. Mahu melihat apa yang gadis cute itu lakukan.

Sedari tadi dia perhati Damia yang kelihatan fokus dengan apa yang dilakukannya.

Dengan tubuhnya yang berada di belakang Damia, dia menjenguk sedikit kepalanya ke depan lalu dia mengangguk perlahan saat melihat Damia yang sedang menuang serbuk tepung itu.

"Kau nak buat apa dengan- "

Belum sempat dia menghabiskan ayatnya, Damia yang terkejut dengan teguran tersebut terus melompat ke belakang sedikit lalu serbuk tepung ditangan gadis itu tercampak ke wajahnya.

Wajah Carl Hans Mikael habis dipenuhi dengan serbuk tepung yang tak sengaja dicampak oleh Damia ke arahnya.

Tercengang lelaki itu seketika. Damia pula tergamam melihat wajah lelaki tersebut.

"M-maaf. S-saya tak s-sengaja!"

Kelam-kabut Damia mengesat serbuk tepung yang memenuhi wajah Carl Hans Mikael dengan tangan kecilnya.

Air liur ditelan kasar melihat wajah dingin Encik serial killer itu.

Carl Hans Mikael mengetap bibirnya kuat lalu sebelah tangan menyapu serbuk tepung dimatanya.

Hanya sebelah yang kelihatan manakala matanya yang sebelah lagi masih dipenuhi tepung tersebut.

Damia terkebil-kebil merenung Carl Hans Mikael dengan wajah cuak, takut dimarahi oleh lelaki itu sambil menggigit jarinya perlahan.

Keningnya berkerut ingin menangis sebaik Encik serial killer meluru ke arahnya.

"Kau... Apa masalah kau ni? Aku tanya je, yang kau campak tepung tu dekat aku kenapa?" serius dan mendalam suaranya.

Damia berundur ke belakang beberapa tapak sebelum dia berhenti.

Wajahnya yang cuak seketika tadi berubah dengan bibir yang terketap rapat menahan ketawanya saat mulut lelaki itu dipenuhi tepung apabila bersuara.

"S-saya.. " makin kuat bibirnya dikemam menahan ketawanya yang bakal meletus dengan wajahnya yang merah padam itu.

Carl Hans Mikael merengus geram, dan itu mlembuatkan Damia tak dapat menahan ketawanya bila Carl Hans Mikael merengus geram- habuk tepung juga turut terkeluar dari hidungnya.

Mr Killer's Girl  |✔|Where stories live. Discover now