SPECIAL CHAPTER : HANS & DAMIA

45.1K 1.8K 278
                                    

Carl Hans Mikael yang sedang menghadap laptop miliknya berkenaan dengan urusan syarikat miliknya fokus menaip dengan wajah serius bercampur kusut itu.

Kini, agak terhad untuknya meluangkan masa dengan Damia.

Teringat tentang isterinya, Carl Hans Mikael tersenyum nipis.

Betapa gembiranya dia sebaik mendapat berita beberapa bulan yang lepas bahawa isterinya kini sedang hamil.

Kandungannya juga sudah nencecah lapan bulan, tunggu masa saja untuk melahirkan .

Untuk pertama kalinya dalam hidupnya dia terpaksa menghadapi sikap Damia yang tak menentu itu kesan daripada pembawaan bayi yang dikandungnya.

Dan dia akui sejak Damia hamil, dia terpaksa menyabarkan hatinya dengan kerenah Damia.

Mungkin dulu, jika dia perhati perempuan lain yang sedang mengandung itu perkara biasa dan tiada apa yang perlu dirisaukan selain daripada menjaga kandungan yang dikandung.

Dan kini dia sedar bahawa mood perempuan mengandung itu lebih mengerikan dan menyeramkam dari mimpi ngeri!

Mulanya perangai Damia seperti biasa, kuat membebel, merajuk, menjawab tapi sesaat kemudian isterinya itu akan menangis dan memberontak seperti anak kecil jika apa yang diinginkannya tak ditunaikan dan sejam kemudian Damia mula berubah ceria kembali.

Sumpah dia pening, itu tak termasuk dengan kerja pejabatnya lagi. Dengan terpaksa melayan kerenah Damia yang bermacam ragam itu benar-benar buat dirinya huru-hara seketika.

Tapi dia masih ingat pesan Zara Nafisa supaya terus bersabar walhal hampir setiap hari kesabarannya melayang dengan perangai Damia.

"Abang!"

Terus terhenti segala perbuatan yang dilakukan Carl Hans Mikael sebaik mendengar Damia yang menjerit kecil memanggilnya itu.

Sejujurnya, setiap kali Damia menyeru namanya, tiap kali itu juga dia cuba menganggap ianya hanya ilusinya semata-mata.

Tak rela dia untuk menghadap kerenah dan permintaan luar biasa Damia yang seterusnya.

Dan mahu atau tidak dia tiada pilihan lain selain daripada berharap supaya dia mampu melayan Damia dengan sebaik mungkin.

"Abang! Cepatlah!"

Carl Hans Mikael menarik nafas dalam dengan mata yang terpejam rapat lalu nafas dihela perlahan sebelum bangun dan melangkah keluar dari bilik pejabat yang dikhaskan untuknya itu.

Dia kini berada di rumah miliknya yang dihadiahkan kepada Damia sewaktu hari lahir isterinya itu.

Sebaik keluar dari bilik pejabat, meliar anak matanya mencari kelibat Damia dan kini isterinya sedang duduk di sofa di ruang tamu.

Dari jauh dapat dilihat perut Damia yang besar dan bulat itu. Kaki diatur menghampiri isterinya.

"Aku dekat sini, kenapa?" soalnya sambil mengambil tempat disebelah isterinya itu.

Damia tersenyum lebar, remote control ditangannya diletakkan ke atas meja. Dibiarkan rancangan yang terpapat di skrin TV.

Kepala ditoleh ke arah wajah suaminya yang sedang tersenyum itu.

"Mia nak spaghetti, teringin lah nak makan.." ujarnya ceria seraya memuncungkam bibirnya.

Wajah blur suaminya dipandang dengan wajah yang penuh berharap, mata bulatnya terkebil-kebil menunggu balasan dari suaminya.

Dia dah lama teringin makanan tersebut.

"Mia tak nak yang dekat kedai, Mia teringin nak rasa spaghetti yang abang buat. Pleasee.. Pleasee.. "

Mr Killer's Girl  |✔|Where stories live. Discover now