🍁 - [48]

38.1K 1.8K 126
                                    

WARNING : CONTAINS MAY NOT BE SUITABLE FOR SOME READERS.

__________________________________

'Wonder if that body of yours is going to handle it . Mmm , let's see'

Mata dibuka perlahan, samar-samar saja pandangannya disebabkan kepala yang berdenyut kuat. Seketika, Aressa berubah cemas sebaik tubuhnya tak dapat digerakkan.

Mata meliar memerhati keadaan sekeliling yang hanya diterangi lampu malap saja dalam bilik tersebut.

Kedua belah tangannya tak dapat digerakkan.

Malah mulutnya juga tak mampu untuk menjerit sebaik ditutup kemas dengan secebis kain yang semestinya menghalang suaranya dari terkeluar.

Kini, dia duduk di sebuah kerusi dengan kedua belah tangan yang diikat pada belakang kerusi kayu tersebut dan hanya kakinya saja yang dapat digerakkan.

Aressa menjerit dan terus menjerit tetapi tiada suara yang keluar dari mulutnya.

"Emphh! Emphhh!"

Tubuhnya digerakkan ke kiri dan kekanan cuba untuk melepaskan ikatan ditangannya tapi tak berhasil- hanya bunyi kerusi yang didudukinya saja yang kedengaran. Airmata yang ingin jatuh menuruni pipi ditahannya.

"Emphhhh!"

Dia meronta kuat hingga dia berhenti saat terasa pedih dipergelangan tangannya yang terikat kemas itu.

Kali ini dia pasti sudah tak berdaya untuk melepaskan diri. Segala kudarat yang dimiliki digunakan untuk melepaskan ikatan tersebut.

Tetap tak berjaya.

Seketika, bunyi pintu bilik dibuka dari luar menarik perhatiannya.

Kepala ditoleh ke kanan dan kelihatan susuk tubuh seorang lelaki melangkah masuk dalam bilik tersebut. Sekelip mata, bilik yang suram dan malap itu terang-benderang.

Mata Aressa terbuntang luas saat figura seorang lelaki yang dikenalinya menghampirinya dengan senyuman dibibir.

Dia cuba menolak kerusi menggunakan belakang badannya untuk menjauhkan diri daripada lelaki itu.

Tajam matanya mencerlung ke arah lelaki tersebut. Tak dia sangka lelaki yang dikenali sebagai rakan baiknya itu kini berubah sedemikian rupa.

" Why? Are you scared baby?"

Chris melangkah perlahan ke arah Aressa yang jelas ketakutan itu.

Sebaik berada dihadapan gadis tersebut, badan ditundukkan sedikit menyamai wajah Aressa dengan kedua belah tangannya diletakkan pada pemegang kerusi tersebut.

Wajah yang berlinangan dengan airmata itu ditatap sejenak lalu sebelah tangannya diangkat dan menyelak rambut panjang Aressa yang menutup sebelah wajah gadis itu lalu disangkut pada belakang telinga.

"You know? I hate that fucking bastard so fucking much. But, nothing I can do except I will show him what can I do with you, baby."

Bibir bawah Aressa diusapnya perlahan dengan senyuman nipis terukir dibibir tapi ianya bukan sekadar senyuman biasa kerana disebalik senyuman itu dipenuhi dengan seribu kejahatan.

Mr Killer's Girl  |✔|Where stories live. Discover now