🍁 - [4]

68.4K 3.3K 148
                                    

"Aku nak cakap dengan kau sekejap."

Que mengerling adiknya dengan ekor mata. Dia bangun dan mengatur kaki untuk keluar apabila melihat susuk tubuh Carl Hans Mikael yang sedang menghampirinya.

Tidak mahu berhadapan dengan lelaki itu. Pasti tentang hal yang sama yang ingin dipersoalkan Hans.

Dia tak mahu mendengar semua itu, cukup dengan kesilapan dulu yang dia lakukan demi adiknya, tapi apa yang dia dapat hanyalah secebis hati yang diremukkan.

Walau seribu kali mereka katakan dia egois, tapi dia tak peduli. Apa yang mereka lakukan padanya tetap berbekas dihati hingga saat ini.

Disebakan dulu, dia menyesal.

"Que!"

Hans yang melihat abangnya berlalu segera berlari anak mengejar Que yang kini berada di pintu utama lalu dicencengkam perlahan bahu kanan abangnya dari arah belakang dengan wajah dingin.

Muak dengan sikap Que yang sering melarikan diri. Dia hanya mahu bercakap secara baik, ianya untuk hubungan adik beradik antara mereka berdua.

Tapi jelas abangnya tidak mahukan yang itu. Nafas kasar dihela sambil memandang wajah tak beriak itu.

Que pula menepis kasar tangan adiknya yang menyentuh bahunya itu tanpa menoleh ke belakang.

Tidak suka dengan perbuatan Hans, jika tidak tembok yang dibina untuk menyatakan rasa benci pada adiknya bakal roboh begitu saja.

"Cakap apa yang kau nak cakap sangat tu. Aku tak ada masa nak lama-lama dengan kau. Jangan buang masa aku!"

Cara abangnya bercakap membuatkan Hans mengetap rahangnya, menahan perasaan dihati.

Walau begitu, layanan Que padanya buat dia berkecil hati. Dia berdiri di hadapan abangnya yang jelas menunjukkan riak wajah tak berperasaan itu.

"Apa yang kau tak suka dengan aku? Dah lama Que! Lama sangat kau berubah jadi macam sekarang ni! Apa kena dengan kau?" soalnya tegas, tajam matanya menikam wajah abangnya.

Que tergelak sinis seraya berpaling menghadap adiknya sebelum menolak kasar bahu lelaki itu.

Tanpa sebarang kata sebagai balasan, dia berlalu pergi tanpa menjawab soalan adiknya. Laungan Hans yang memanggil-manggil namanya tak dihiraukan.

Memang terkesan dihatinya dengan pertanyaan Hans yang penuh dengan perasaan ingin tahu itu tapi dia sendiri tiada jawapan untuk perkara tersebut.

Mahu dia luahkan semuanya, tapi ditahan kerana mereka tak akan memahaminya.

'I'm sorry.'

Dia sama seperti adiknya, setiap hari memikirkan tentang hubungan mereka yang semakin lama semakin renggang.

Tetapi, kerana ego yang tinggi menggunung dia selalu menganggap Hans sebagai orang luar yang tiada ikatan dengannya.

Mungkin mereka akan kekal begitu, tapi itu yang terbaik.

*

*

*

Husna duduk memeluk lutut di atas tangga surau yang berdekatan dengan rumahnya bersama beg baju yang diletakkan bersebelahannya.

Mr Killer's Girl  |✔|Where stories live. Discover now