[ SEQUEL IS UP! ]

50.9K 1.7K 183
                                    

Rasanya ada yang tengah tunggu kan? Maaf lah, kalau korang yang tak perasan author dah publish book-4 , [THE ITALIAN MAFIA'S AMORE] sekarang dah boleh baca.

Silakan. Go check it out :')

- THE ITALIAN MAFIA'S AMORE -

Setelah bertahun lamanya dia menghilangkan diri, kini dia kembali dengan satu tujuan. Terkurung di 'pagar besi' selama bertahun dan ditempatkan pada tahap keselamatan yang tinggi kerana dia licik dan dia berbahaya.

PENJARA. Ya, dia dipenjara.

Prison. It's a hells playground. Home to hundreds of murders, rapists and mafia bosses.

Dan paling menggemparkan seluruh kota raya Itali apabila 'dia' berjaya melepaskan diri daripada penjara yang dikhaskan untuk pesalah dan penjenayah yang paling dikehendaki dan berbahaya.

Malah, bukan hanya pihak polis yang turut kerisauan tetapi termasuk juga ahli Mafia yang berkuasa di sekitar bandar tersebut.

Liciknya, segala bukti kesalahan dan jenayahnya turut terhapus di dalam sistem tanpa ada satu pun yang tertinggal. Lenyap. Kini dia bebas.

Identiti dirinya sehingga kini tak diketahui oleh sesiapa dan tak dapat dirungkaikan siapa dia yang sebenarnya.

Wajah mungkin pernah dilihat dari ekor mata atau tanpa sengaja kerana dia ditakuti, digeruni dan dihormati.

Dia memang dikenali oleh mereka. Dan, dia mampu membuatkan sesiapa yang menyebut namanya turut terasa aura hitamnya.

Malah, bukan saja Mafia yang paling ditakuti oleh kumpulan Mafia yang lain termasuk orang awam, tetapi bila dia berada di lorong-lorong gelap, dia turut dikenali sebagai Drugs Lord.

Raja Dadah yang berurusan dengan mereka yang dipercayai saja.

Monster. Ruthless. Dangerous. Killers. Those are the words that describe him. A boss of a secret Mafia based in America-Italian.

Bertemu pula dengan Carla Liliana Pia. Seorang yang gadis yang teramat pemalu bahkan jika bercakap hanya suaranya yang seakan berbisik saja kedengaran. Gadis yang berumur 20 tahun dan masih menyambung pelajarannya.

She's shy, yet innocent. Smart mouth. Adorable little girl.

Mungkin dia pemalu tetapi dia juga turut dibekalkan dengan seni pertahankan diri yang diajar sedari kecil. Dia merupakan adik kepada Carla Luna Mia, kakak kembarnya.

Berbeza dengan kakaknya, Carla Liliana Pia hanya diajar seni mempertahankan diri saja kerana untuk menggunakan senjata dia agak keberatan.

Carla Luna Mia pula sedikit berbeza dengannya kerana gadis itu agak lasak dan juga ganas. Bijak menggunakan senjata.

Kehidupan sebagai seorang gadis yang turut terlibat dalam golongan ahli Mafia memaksanya untuk menyembunyikan identiti sebenarnya daripada pengetahuan orang ramai. Ianya untuk keselamatan diri dan ahli keluarganya juga.

Sebagai pelajar universiti, dia selalu menyendiri. Dengan statusnya, dia tak mahu melibatkan orang lain turut tempias dengan perkara yang tak diingini. Itu lebih baik.

Mr Killer's Girl  |✔|Where stories live. Discover now