🍁 - [52]

42.7K 2K 104
                                    

Carl Que Alexander melangkah pantas membuntuti beberapa orang doktor lelaki dan perempuan yang sedang menolak stretcher yang membawa Nur Husna ke salah sebuah bilik.

Sebaik Nur Husna ditolak masuk ke dalam bilik tersebut, doktor lelaki yang turut berada disitu menahan Carl Que Alexander dari masuk ke dalam bilik.

"Maafkan saya tapi encik tak boleh masuk. Sila tunggu dekat luar."

Carl Que Alexander mengetap giginya kuat lalu kolar baju doktor tersebut dicengkamnya kasar membuatkan doktor lelaki itu sedikit terjengket memandangkan Carl Que Alexander lebih tinggi daripada doktor tersebut.

"Selamatkan dia! Aku tak kira macam mana sekalipun! Kalau jadi apa-apa dekat dia, kau mati!" bisiknya keras penuh amaran.

Doktor lelaki tersebut mengangguk laju. Lalu kolar bajunya Carl Que Alexander lepas kasar.

Pintu bilik ditutup rapat lalu doktor lelaki itu menarik nafas dalam, menenangkan jantungnya berhadapan dengan lelaki itu sebelum melangkah ke arah katil Nur Husna.

Carl Que Alexander bersandar di dinding bersebelahan dengan pintu bilik dimana isterinya berada.

Kepala didongak sedikit ke atas dengan mata terpejam rapat. Sungguh, dia benar-benar risaukan Nur Husna tika ini.

Dia tak akan maafkan dirinya jika sesuatu berlaku pada Nur Husna.

Segala kejadian yang berlaku sebelum ini cukup membuatnya tertekan. Tambah lagi bila Aressa; rakannya itu dirosakkan oleh Chris.

"Please dear..." bisiknya perlahan.

Seketika, fikirannya mula mengimbas kembali keadaan Nur Husna semasa dia membawa isterinya itu keluar daripada rumah yang menjadi tempat Chris menculik isterinya.

Wajah ditunduk sedikit kebawah sebaik terasa pergerakan dari tubuh kecil isterinya.

Jelas wajah Nur Husna berkerut sakit dengan airmata yang mula mengalir dihujung matanya dengan kelopak mata yang masih lagi terpejam rapat.

"Shh. Aku mintak maaf aku lambat. Please, don't cry."

Esakan halus Nur Husna mula kedengaran, dia tahu isterinya itu dalam keadaan separuh sedar kesan daripada darah yang masih lagi mengalir keluar dari perut Nur Husna.

"Abang... S—sakit.."

Ubun-ubun Nur Husna dikucupnya berkali-kali cuba untuk menenangkan isterinya.

Gigi diketap rapat, terasa sesak dadanya melihat Nur Husna yang kesakitan itu.

"Tahan sekejap, kita dah nak sampai. Jangan risau, aku ada dengan kau."pujuknya selembut mungkin.

Mr Killer's Girl  |✔|Where stories live. Discover now