🍁 - [60]

43.2K 2K 81
                                    

"Sometimes I look at you and wonder how you can be so cute all the time."

Carl Hans Mikael melangkah ke arah ruang tamu di tingkat dua rumah agam Carl Ayden lalu bibirnya mengukir senyuman tipis sebaik melihat susuk tubuh Damia yang sedang berbual dengan Zara Nafisa.

"Tak awal sangat ke mama? Mia rasa macam cepat sangat je.."

Zara Nafisa tertawa kecil melihat wajah gusar Damia, jelas gadis itu masih belum bersedia untuk menjadi isteri kepada anak keduanya.

Tapi keputusan Carl Hans Mikael tak boleh dibantah.

Mereka berdua hanya berbual tentang majlis perkahwinan Carl Hans Mikael dan Damia yang bakal dilangsungkan beberapa hari saja lagi.

Nampak benar lelaki itu tak sabar untuk menghalalkan Damia sebagai isterinya.

"Mia tak payah risau, biasa lah mula-mula ni rasa berdebar. Mia dengan Hans kan dah lama kenal, kalau kita cepatkan benda yang baik macam ni tak rugi pun."

Damia memuncungkan bibirnya, mahu atau tak dia terpaksa terima keputusan Carl Hans Mikael.

Mulutnya yang ingin bersuara terus terbatal saat melihat Encik serial killer berjalan ke arahnya.

Zara Nafisa terus tersenyum lebar melihat wajah Carl Hans Mikael yang tersenyum itu manakala Damia pula hanya mencebik bibir sambil membelek-belek katalog ditangannya.

Selalu saja pasangan dihadapannya ini pantang berjumpa maka seperti sekarang. Masing-masing tak sehaluan.

Kepala digeleng kecil, dia turut gembira melihat anak-anaknya kini mempunyai pasangan masing-masing.

"Hans dengar ada orang tu cakap dia macam tak suka je. Tapi kan, dekat hospital haritu dia jugak happy bukan main bila Hans ajak kahwin. Pelik."

Damia menoleh ke arah Carl Hans Mikael yang melabuhkan punggung di sebelahnya dengan mata yang terbuka luas sebaik mendengar sindiran lelaki itu. Mata bulatnya merenung Carl Hans Mikael tajam.

"Mana ada. Eii, suka sakitkan hati orang! Mama tak payah dengar apa yang Hans cakap, dia kan suka cari pasal!" djelingnya tajam Carl Hans Mikael.

Seketika, mulutnya terbuka luas apabila Carl Hans Mikael dengan selambanya memeluk bahunya seraya tersenyum sinis.

"Aku suka cari pasal dengan orang yang aku suka je dan orang tu kau. Eh tak, budak mulut murai. Kau lah tu kan? Kan mama?" sebelah mata dikenyitkan pada Damia.

Zara Nafisa ketawa geli hati melihat riak wajah geram Damia yang turut membahang malu itu, jelas wajah gadis tersebut merah padam dengan mulut yang terkumat-kamit membebel.

Celoteh Damia selalu saja menceriakan mereka yang mengenalinya. Ada saja tingkah gadis itu yang mencuit hati sekaligus mencuit hati Carl Hans Mikael.

"Dah lah Hans. Tengok Mia, muka merah habis dah tu. Okay lah tu, boleh ceriakan hari Hans bila dah kahwin nanti. Betul tak Mia?"

Damia tersengih kekok seraya mengangguk walhal hatinya habis-habisan memarahi Carl Hans Mikael. Mahu saja dia tampar wajah lelaki itu yang sedang tersenyum mengejek padanya.

Mr Killer's Girl  |✔|Where stories live. Discover now