🍁 - [12]

63.7K 3K 106
                                    

Nur Husna terjerit kecil bila tubuh kecilnya dicampak kasar ke atas katil dalam bilik lelaki itu.

Pucat wajahnya melihat wajah lelaki itu yang tadinya tak beriak kini mula membengis.

"Siapa suruh kau lari dari aku? Jawab!" naik seoktah nada Carl Que Alexander dengan mata yang tajam.

Husna menekup mulut dengan sebelah tangannya manakala sebelah tangan lagi mencengkam tepi bajunya. Terkejut bila diherdik oleh lelaki itu, mahu tercabut jantungnya.

Bukan tak biasa, selalu yang menengking dan mengherdiknya adalah Puan Maimunah saja. Ini kali pertama lelaki meninggikan suara padanya.

Nur Husna menggerakkan sedikit badannya dan berundur ke kepala katil. Berdebar juga dia bila berkemungkinan lelaki itu akan melakukan perkara yang tak diingini nya.

Dia menyesal, menyesal kerana membuat keputusan untuk melarilikan diri daripada lelaki itu sedangkan lelaki tersebut cekap orangnya.

Baru saja dia jejak kaki dirumah Rozana lelaki itu sudah tahu keberadaannya.

Nur Husna pasrah kali ini jika lelaki itu memarahinya atau apa saja kerana dia tahu itu kesalahan yang dia lakukan sendiri. Dia harus terima apa yang telah dia lakukan.

Mana mungkin dia mampu melawan lelaki itu, raut wajah bengis Carl Que Alexander saja sudah cukup buat dia lemah sendi lutut.

Carl Que Alexander mengepal tangannya membentuk penumbuk lalu dia menghampiri gadis itu tersebut.

Nur Husna yang dalam posisi badan bersandar sedikit dikepala katil menggeleng kepalanya perlahan.

Melihat gadis itu yang diam tanpa bersuara yang hanya merenungnya ketakutan.

Dia menarik kuat tangan gadis itu yang menutup mulutnya lalu sekaligus ditarik kasar menyebabkan Nur Husna terbangun dengan sendirinya.

"S-saya mintak m-maaf. S-saya takut." jawab Nur Husna perlahan dengan mata yang dipejam rapat.

Carl Que Alexander tergelak sinis. Acap kali gadis itu memberi alasan yang sama padanya; takut, takut dan takut!

Lantas tubuh kecil Nur Husna yang berdiri dengan badan yang sedikit menggeletar itu ditolak hingga terbaring di atas katil.

"Maaf? Kau rasa aku nak maafkan kau? Hm? Kau silap! Aku paling tak suka bila orang langgar arahan aku!" dingin suaranya berkata-kata.

Tubuh kecil gadis itu dihempapnya lalu kedua belah tangan gadis itu yang menahan dadanya digenggam menggunakan tangan kirinya.

Dia tersenyum sinis seraya mengeluarkan pisau lipat yang berada di poket seluar belah kanannya.

"T-tak! M-maafkan saya encik" lirih suaranya meminta maaf pada lelaki itu.

Carl Que Alexander tersengih sinis lalu pisau lipat tersebut diletakkan pada leher merah-kemerahan gadis itu.

Nur Husna terus memejam rapat matanya bila pisau lelaki itu berada di lehernya dengan bibir yang bergetar.

"Aku tak maafkan kau kali ni Husna. Kau tak tahu apa yang aku akan buat bila kau lari dari aku. Kau memang tak serik kan? Kau nak aku bunuh kau ke? Hah?"

Mr Killer's Girl  |✔|Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang