🍁 - [23]

59.2K 2.6K 114
                                    

'Kau kena fokus seratus peratus!'

'Anggap target kau, musuh paling kau benci!'

'Tak ada belas kasihan, ingat!'

Nur Husna mengulang ayat yang dikatakan suaminya dalam kepala berkali-kali.

Itu yang sering Carl Que Alexander pesan setiap kali suaminya membuang masa dengan menembak di dalam bilik khasnya.

Pintu besi bilik yang dilengkapi dengan pelbagai senjata itu ditolak perlahan hingga terbuka luas memandangkan kod untuk bilik tersebut telah diberitahu suaminya.

Sepanjang dia berlatih menembak setelah dipaksa Carl Que Alexander, dia masih lagi belum mahir untuk menembak tepat pada sasaran.

Selalu tersasar kerana dia belum betul-betul berani dan bersedia.

Hatinya yang berdebar tak dihiraukan. Dia tak mahu membuat suaminya berasa sia-sia melatihnya sebelum ini.

Jadi, dia akan cuba berlatih sendiri dengan berbekalkan apa yang diajar dan dipesan suaminya.

Takut.

Perasaan itu harus dihakis mulai sekarang. Dia harus faham dengan risiko yang ditanggungnya setelah menjadi isteri kepada lelaki itu; pembunuh.

Mungkin sekarang tak perlu, tapi suatu hari nanti dia mungkin akan memerlukan untuk melakukan hal yang satu ini; menembak.

Pelbagai jenis pistol yang terdiri daripada saiz kecil dan besar diperhati satu persatu.

Lalu dia mengambil sepucuk pistol yang selalu digunakan ketika berlatih bersama suaminya.

CZ 85B 9mm dicapai bersama beberapa butir peluru lalu Nur Husna melangkah keluar daripada bilik tersebut menuju ke halaman belakang rumah yang menjadi tempatnya berlatih.

Pistol yang dipegang dengan kedua belah tangannya dihalakan kedepan. Air liur ditelan kasar, pertama kali dia nekad untuk menembak tanpa diawasi suaminya.

'Kau kena fokus seratus peratus!'

Kelopak mata ditutup rapat sesaat sebelum membuka kembali matanya, terus anak mata mengukur jarak dan juga membetulkan sedikit pistol ditangannya pada sasaran.

Papan kayu sederhana besar. Itu targetnya.

Nafas ditarik dalam, sukar untuk dilakukan jika tiada Carl Que Alexander yang selalu menegur dan membetulkan kedudukan pistol ditangannya.

'Anggap target kau, musuh paling kau benci!'

Seketika, dia terkebil memikirkan pesanan kedua itu. Dia tak pernah bermusuh dengan sesiapa, benci pula lagi mustahil.

Benci dan tak suka lebih kurang samanya, jadi dia menganggap targetnya kali ini-

Lipas!

Berkerut wajahnya sebelum dia tersengih lucu memikirkan lipas yang dibencinya. Tak kisah lah, asalkan benda yang dia benci. Kepala digeleng perlahan sebelum kembali fokus.

Mr Killer's Girl  |✔|Where stories live. Discover now