🍁 - [41]

42.2K 2K 128
                                    

Rumah agam milik Carl Ayden kecoh seketika mengenai Damia dan juga Carl Que Alexander yang masing-masing tak sedarkan diri.

Black pula sudah mengamuk pada Joe dan Chris diruang tamu rumah Carl Ayden.

Zara Nafisa, dan menantunya yang lain hanya diam tak berkutik. Kesemua mereka memberikan reaksi risau dan cemas.

Carl Ayden dan rakannya yang lain masih lagi berada di rumah keduanya.

Carl Hans Mikael terduduk lemah diatas kerusi dengan kepala yang tunduk memandang lantai.

Kedua belah tangannya disatukan lalu dirapatkan pada mulutnya dengan wajah tak bermaya.

Baru sebentar tadi dia melihat kelibat Damia yang dibawa oleh dua orang anak buah Black ke rumah milik Carl Ayden.

Gadis itu masih lagi tak sedarkan diri dengan tepi kepala yang terdapat kesan darah merah.

Dia benar-benar kesal dengan apa yang berlaku, semuanya hanya disebabkan dia. Jika dia tak terlambat, mungkin Puan Laila masih hidup. Jika dia pantas dan peka, pasti Damia tak akan diancam nyawanya. Dan -

Kalau bukan kerana abangnya, Carl Que Alexander tak mungkin akan terbaring tak sedarkan diri dengan wajah pucat dan kebiru-biruan itu.

Tak sanggup dia melihat keadaan abangnya yang sebegitu rupa.

Nur Husna pula setia berada di sisi suaminya yang terbaring di atas katil itu, tak dihiraukan kekecohan yang berlaku diruang tamu tingkat paling bawah rumah agam milik Carl Ayden.

"Abang.. Abang jangan tidur."

Wajah disembamkan pada dada Carl Que Alexander, airmata deras mengalir membasahi dada bidang lelaki itu.

Tanpa suara, Nur Husna tersedu-sedan menangis memikirkan keadaan suaminya.

Doktor peribadi Carl Ayden yang memeriksa keadaan suaminya mengatakan bahawa Carl Que Alexander hanya pitam dan tak sedarkan diri untuk beberapa jam akibat hentakan ditubuh dan kepalanya yang begitu kuat.

"Abang, Husna ada dekat sini.. Abang jangan tidur lama sangat." ujarnya lirih sambil menatap wajah tenang dan pucat suaminya.

Kain tuala kecil yang dibasahkan dengan air suam itu dilapkan ke seluruh wajah suaminya yang jelas pucat itu.

Dari dahi, perlahan turun ke arah tepi wajah suaminya dan beralih ke arah batang hidung mancung lelaki itu.

Nur Husna tersenyum sedikit sebaik mengingati kebiasaan suaminya yang satu itu yang selalu saja menggeselkan hidung mancung itu pada belakang tapak tangannya.

Wajah ditundukkan sedikit lalu dahi Carl Que Alexander dikucupnya lama. Tuala kecil yang berada dalam tangan diletakkan kembali ke tempatnya.

"Dah berapa jam, abang tak sedar lagi.."

Kepala dilentokkan pada bahu kanan suaminya lalu tangan kekar suaminya dicapai dan digenggam lembut sebelum dibawa ke bibirnya.

Dibiarkan melekap disitu persis seperti yang suaminya lakukan padanya.

PAGINYA,

Mr Killer's Girl  |✔|Où les histoires vivent. Découvrez maintenant