🍁 - [30]

53.2K 2.3K 90
                                    

Nur Husna meniarap di atas katil sambil ralit membaca novel ditangannya.

Sesekali, bibir halusnya menggumam perlahan saat membaca bahagian novel yang membuatnya tak berpuas hati.

Lama dia dalam keadaan sedemikian, mata pula semakin memberat.

Maklumlah, sejak dua tiga hari ini dia selalu saja tidur setelah jam mencecah angka dua pagi menunggu suaminya pulang.

Carl Que Alexander selalu memberi peringatan padanya supaya tak menunggunya pulang tetapi Nur Husna tetap juga tunggu, risau juga dia dengan keadaan suaminya.

Novel yang terbuka itu ditanda dengan melipat sedikit pada hujung helaian muka surat tersebut lalu dia meletakkan tepi wajah kanannya pada bantal dengan novel yang diletakkan ke atas muka menutup wajahnya.

Seketika, kelopak matanya tertutup rapat. Nur Husna tertidur dalam posisi meniarap dengan novel yang berada di wajahnya.

Carl Que Alexander melangkah masuk ke dalam rumah, sepi.

Berkerut dahinya, selalu waktu petang sebegini isterinya bersantai di depan tv tapi hari ini kelibat Nur Husna tak kelihatan di ruang tamu.

"Husna!"

Nafas dihembus kasar. Serba-salah pula kerana membiarkan isterinya keseorangan di rumah tapi itu lebih selamat jika membiarkan isterinya bebas di luar, tak mungkin Nur Husna tak menjadi perhatian musuhnya.

Anak tangga didaki satu-persatu, sebaik sampai di tingkat atas pintu bilik dikuak perlahan lalu dia masuk ke dalam.

Carl Que Alexander tergelak kecil melihat tubuh isterinya yang sedang tidur lena itu.

Tangan membuka butang baju kemeja yang tersarung ditubuh tegapnya sambil mata tak lepas memerhati Nur Husna.

Persis seperti budak kecil, dengan tubuh halus dan kurus cik isteri elok terbaring di atas katil bersaiz king itu.

Dia tahu isterinya ingin merasa bebas daripada terus terkurung di dalam rumah tapi Nur Husna hanya memendam saja keinginannya itu.

Dia akan beri kebebasan pada isterinya, tapi tunggu masa yang sesuai.

Baju kemeja yang ditanggalkan dicampak ke dalam bakul yang berada disebelah dinding berdekatan pintu bilik lalu kaki diatur perlahan ke arah katil. Badan ditundukkan sedikit menatap wajah isterinya.

Perlahan novel yang terlekap di wajah Nur Husna dialihkan lalu diletak ke atas meja kecil sebelah katil.

Tersengih kecil dia sebaik terpandang bibir munggil cik isteri sedikit terbuka.

"Dear."

Nur Husna mengerut wajah saat terasa sesuatu yang lembab melekap di dahinya lalu turun ke hidung dan lama terlekap dibibirnya. Mata dicelik sedikit, wajah suaminya samar-samar kelihatan.

"Abang.. Dah lama abang balik?" soalnya dengan suara serak.

Carl Que Alexander mengusap lembut bibir Nur Husna dengan ibu jarinya. Mata tajam merenung wajah mamai isterinya. Nur Husna bersandar di kepala katil sambil menggosok matanya.

Mr Killer's Girl  |✔|Where stories live. Discover now