🍁 - [8]

76.6K 3.4K 188
                                    


Husna terkebil-kebil merenung pintu bilik dengan fikiran yang bercelaru, dia berbaring di atas katil dengan kedua belah tangan melekap di atas perutnya.

Dia buntu.

Sudah dua minggu dia berada di rumah itu dan selama dua minggu juga dia bersama dengan lelaki yang hingga ke hari ini dia belum tahu namanya.

Dia tak pernah tahu latar belakang lelaki yang menculiknya kerana dia tak berani untuk bertanya.

Selama bersekedudukan dengan lelaki itu tanpa sebarang pertalian, yang dia tahu lelaki itu akan tidur pada waktu siang dan akan keluar pada waktu malam.

Bukan selalu tapi jarang lelaki itu keluar pada waktu malam

Sebut pasal pilihan yang diberikan pada hari kedua dia diculik, perangai lelaki itu tak boleh dijangka kerana kerap kali berubah-ubah.

Terkadang lelaki itu akan melayannya dengan baik walaupun bagi dia lelaki itu betul-betul menakutkan.

Terkadang lelaki itu dingin dan bengis tapi walau begitu, tak pernah lagi lelaki tersebut mengapa-apa kannya.

Sehingga sekarang dia masih belum tahu apa yang lelaki itu mahu darinya, acap kali yang didengar dari mulut lelaki itu yang mengatakan dia milik lelaki tersebut.

Hanya itu saja.

"Husna!"

Terduduk Husna bila laungan daripada Que menyapa digegendang telinganya dari luar bilik.

Dia segera turun daripada katil lalu keluar daripada bilik tersebut tanpa berlengah.

"Ya?" jawabnya perlahan dengan mata yang memandang lelaki tereebut.

Que merenung tajam ke arah Husna yang sedang berjalan menghampirinya sambil meletakkan bungkusan nasi di atas meja dengan mata terhala pada tubuh gadis itu tersebut.

Manakala, Husna yang berasa tak selesa dengan pandangan lelaki itu turut melihat penampilan dirinya dari atas hingga ke bawah.

Tak ada apa yang pelik cuma sedikit seksi tapi bukan pilihannya untuk berpakain begitu.

"Kau nak goda aku ke?" soal Que perlahan sambil mengangkat sebelah keningnya pada Husna.

Laju Husna menggeleng kepala dengan wajah yang membahang malu, pantas dia menarik-narik hujung skirt kembangnya yang menjadi tumpuan mata lelaki itu.

Pandangan yang begitu menyeramkan Husna.

"T-tak. S-saya tak nak goda e-encik."

Ianya adalah pakaian yang dibeli Que sendiri pada Husna dan semuanya singkat dan agak seksi, seksi yang hanya untuk tatapan dia saja.

Pakaian gadis itu yang lama telah dibuang kesemuanya.

Que tersenyum sinis melihat riak wajah tak selesa gadis itu bila ditenungnya lalu dia menarik tangan Husna dan dibawa ke meja makan.

Husna mengambil tempat bertentangan dengan lelaki itu tanpa membantah.

"Makan."

Mr Killer's Girl  |✔|Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt