Bab 1

84.1K 1.4K 73
                                    

Cuaca pagi ini mendung dan kelam walaupun jarum jam sudah mencecah hampir pukul 10.00 pagi. Langit kelabu apabila gumpalan awan sarat dengan titisan air. Hujan renyai renyai turun sejak malam tadi membuatkan sang matahari langsung menyembunyikan diri. Hanya cuaca dingin mendakap setiap tubuh di bumi Kuala Lumpur ini.

Anak mata Nur Hanis leka memandang keadaan lalu lintas dan suasana sekeliling.

Sebaik sahaja melepasi susur keluar Kedai Kek,tempat yang dia bekerja,Nur Hanis terus bercadang untuk pulang ke rumah memandangkan hari ini tiada aktiviti.

Sesekali dia mengeluh. Sudah sebulan Nur Hanis menjadi seorang pendiam. Mana tidaknya,buah hati kesayangan sudah lama tidak menghubungi dia.

Nur Hanis pelik dengan sikap manusia seperti kekasihnya. Suka lesap begitu saja.

Nur Hanis juga kelihatan cengkung mukanya. 'Tak pernah dia buat perangai macam ni' bisik dalam hati Nur Hanis.

"Huh.." sekali lagi Nur Hanis mengeluh. Dia bercadang mahu menghubungi kekasihnya sebaik sahaja tiba di rumah nanti.

Dahinya berkerut apabila melihat deretan kenderaan yang bergerak perlahan. Sesekali dia terjenguk jenguk untuk melihat apa yang berlaku di hadapan.

Namun yang dilihat hanyalah deretan panjang kereta. Sesekali dia menggeleng sambil jarinya menggaru garu dahi.

Hatinya berbisik sendiri. Kuala Lumpur always jammed.

Sudah 25 minit berlalu tetapi kereta Nur Hanis tidak bergerak walau 1 cm(?).

"Kenapa jalan sesak sangat ni?" Sungut Nur Hanis. Dia kadang kadang geram juga dengan keadaan lalu lintas di Kuala Lumpur ini.

Setelah 10 minit berlalu,barulah kenderaan lain bergerak. Barulah juga Nur Hanis dapat tahu punca jalan raya sesak tadi. Ada kemalangan antara sebuah motor dengan sebuah kereta.

Kesian Nur Hanis melihat mangsa kemalangan itu. Mujur hanya kecederaan.

Selepas itu kereta Nur Hanis meluncur laju menuju ke rumah.

Saat tiba di perkarangan rumah,Nur Hanis melihat kawan serumahnya sedang menyidai kain. Dia terkejut melihat Nur Hanis pulang awal ketika itu.

"Awal kau balik Hanis" kata Lisa kepada dia.Nur Hanis hanya mengangguk sambil menuju ke dalam rumah.

Usai memberi salam,dia terus merebahkan tubuhnya di atas sofa.

"Kenapa ni Hanis? Kau tak sihat ke? Demam?" Soal Lisa sebaik sahaja menutup pintu rumah.

Memang rutinnya setiap hari untuk menyidai kain. Tugas Nur Hanis pula melipat kain yang disidai oleh Lisa.

Lisa melihat Hanis memejam mata sambil tangannya diletakkan di atas dahi. Kelihatan air jernih di tubir mata Nur Hanis.

"Hanis..kau ada masalah ke? Sinilah story dengan aku. Dah hampir sebulan dah kau buat perangai macam ni." kali ini Lisa cuba menyentuh kaki Nur Hanis.

Nur Hanis mengangkat kepala memandang wajah rakannya itu. Melissa atau senang dipanggil Lisa adalah kawan baiknya sejak sekolah menengah lagi.

"Aku okay je. Dont worry.." balas Nur Hanis,lemah.

"Hanis,kau lupa ke aku ni siapa? Aku ni kawan baik kau Hanis. Kita dah berkawan 11 tahun tapi kau macam anggap aku kawan kau yang kau baru kenal 11 hari." Pujuk Lisa sungguh sungguh.

Nur Hanis mengalirkan air mata selepas Lisa berkata tadi. Ya,memang tak dinafikan Lisa adalah kawan baik dia yang paling rapat.

Lisa yang melihat Nur Hanis menangis itu terus mengambil tempat di sebelah Nur Hanis.

Rahsia Takdir Antara Kita Where stories live. Discover now