Bab 20

25.9K 716 30
                                    

" Tiara.."

Tiara tersenyum sambil kakinya melangkah menghampiri.

"Lama tak jumpa. You sihat?", Soal Tiara sambil bibirnya mengukir senyuman manis buat lelaki di hadapannya.

"You buat apa dekat sini?", Soal Huzair,serius.

"I saja nak jumpa you la."

"Nak apa?"

"Dah lama tak jumpa you. I nak tahu you macam mana sekarang.", Kata Tiara.

Mata Huzair kembali memandang beg kerjanya dan mencapainya.

"Tak payah.", Ujar Huzair sambil kakinya mula melangkah keluar daripada pejabat.

Tiara segera menghalang. Huzair berdecit memandang gadis di depannya.

"Jangan ganggu I la Tiara. I tak suka.", Huzair menepis tangan Tiara yang cuba untuk memegangnya.

"I datang sini sebab I nak minta maaf pada you. You know what I mean right?", Soal Tiara. Dia memandang tepat wajah lelaki itu.

"Apa benda you ni? Mengarut.",

"I tahu I salah. I yang tinggalkan you. But please, maafkan I sayang.", Rayu Tiara. Dia tidak sanggup lagi menahan rindu yang mendalam terhadap Huzair.

"Dahlah Tiara. You dengan I dah lama berakhir. Kejadian 6 bulan lepas tu dah mati dalam ingatan I. I dah tak nak ingat apa apa dah.", Ujar Huzair. Dia tidak mahu ingat lagi kes hari itu.

"You maafkan I? Please Huzair..", Tiara menarik narik tangan Huzair. Huzair menepis lagi.

"Okay. I maafkan you, puas hati? Tapi itu tak bermakna I lupakan apa yang you buat pada I.", Kata Huzair sambil kakinya terus melangkah. Tiara yang memanggilnya daripada belakang tidak dihiraukannya.

Lemas dia dengan masalah yang semakin bertambah.

***

Datin Yasmin memandang Amy yang sedang merajuk itu. Dah satu kerja kena pujuk pujuk pulak.

"Err, Amy.."

Amy tidak menyahut. Dia geram dengan Datin Yasmin kerana tidak berterus terang dengannya. Punya la susah payah dia nak memikat hati Huzair, rupanya lelaki itu sudah berkahwin. Kebodohan apakah ini?

"Amy janganlah merajuk..", pujuk Datin Yasmin. Amy memandang Datin Yasmin sambil merengus.

"Kenapa mama tak bagitahu Amy yang Huzair dah kahwin?", Soal Amy sambil keningnga terangkat. Dia memeluk tubuh memandang Datin Yasmin.

Datin Yasmin menggaru kepala. Nak buat macam mana, nak tak nak kenalah bagitahu punca mereka berkahwin.

"Mama ada sebab kenapa mama rahsiakan daripada Amy. Inilah sebabnya. Amy marah marah mama macam ni.", Kata Datin Yasmin.

"Salah Amy ke?", Sinis sekali soalan Amy.

"Okay okay. Salah mama sebab tak bagitahu Amy. Tapi Amy, walaupun diaorang dah kahwin, Amy masih ada peluang tau.", Sungguh sungguh Datin Yasmin memujuk Amy. Dia sedang cuba memancing Amy.

Amy mengerutkan dahi. "Maksud mama?", Soal Amy.

Datin Yasmin tersenyum. "Amy ada peluang untuk dapatkan Huzair sebab perkahwinan mereka tu tak dirancang pun. Semuanya berlaku sebab perempuan tak guna tu.", Kata Datin Yasmin.

Amy mula menunjukkan minat terhadap cerita Datin Yasmin. Datin Yasmin mula bercerita dari A hingga Z, dia memburuk burukkan Hanis dan mengatakan Huzair adalah mangsa keadaan.

Amy menekup mulut. Terkejut dia mendengarnya.

"Omg mama. Kesiannya Huzair. Ee, jahat betullah perempuan tu. Kalau Amy jumpa dia, Amy ajar dia cukup cukup,ma.", Ujar Amy.

Rahsia Takdir Antara Kita Where stories live. Discover now