Bab 68

34.2K 744 88
                                    

Seminggu berlalu..

   Angin sepoi sepoi bahasa meniup lembut rambutnya yang dibiarkan terurai, bingkai gambar yang terdapat gambar Hanis dan Huzair yang sedang menikmati ais krim di negara luar itu di usap perlahan. Telefon milik Huzair pun ada padanya. Niatnya untuk menyimpan kemas telefon tersebut.

Dia terjumpa bingkai gambar itu di dalam bag baju Huzair sewaktu dia hendak mengemasnya.

Dia yang hanya duduk berdiri di tepi tingkap biliknya itu hanya menguntum senyuman kecil sambil matanya menatap wajah Huzair dalam gambar itu. Hatinya tidak dapat menanggung rindu yang mendalam terhadap lelaki itu.

Bingkai gambar itu dibelek beleknya hingga belakang. Matanya menangkap satu benda kecil berwarna putih di celah bingkai itu. Ditariknya perlahan hingga keluar sehelai kertas kecil di tangannya.

Hanis mengerutkan dahi sebelum dia membuka helaian kertas tersebut yang dilipat dua. Terlihat tulisan panjang yang ditulis oleh suaminya itu. Dia tahu sangat tulisan Huzair..

Assalamualaikum sayang.. kalau Hanis jumpa surat ni, itu bermakna abang sudah tiada di dalam dunia ni. Abang sudah jauh pergi meninggalkan sayang.

Sayangku Hanis.. tidakkah sayang tahu betapa dalamnya cinta abang pada sayang? Sehingga lautan api pun sanggup abang renangi.

Ketika abang pertama kali lihat sayang, abang rasa dunia ni berputar. Abang terkelu melihat keanggunan sayang yang tak pernah abang lihat sebelum ini pada mana mana wanita. Ketika itu, abang rasa sayanglah wanita terbaik untuk abang.

Tapi malangnya, waktu itu sayang sedang bercinta dengan adik abang. Lalu abang matikan saja niat abang yang satu itu.

Namun sungguh abang tak sangka yang suatu hari sayang akan menjadi milik abang. Hanya Allah saja yang tahu betapa gembiranya hati abang beristerikan wanita sebaik sayang.

Hanis,

Abang tahu, sayang pernah terluka dengan abang. Abang bersalah.. abang bodoh waktu itu. Tapi abang nak sayang tahu, tidak ada satu pun antara perkataan yang keluar daripada mulut abang ketika itu berniat untuk sakitkan sayang. Abang dirasuk syaitan waktu itu.. sampai abang meragui kesetiaan sayang pada abang.

Abang minta maaf, sayang.. kerana abang sayang terluka.. kerana abang juga keluarga sayang malu. Abang tiada niat untuk menyakitimu sayang..

Sayang, abang rasa abanglah lelaki paling bertuah kerana memiliki cinta sayang.. abang rasa abang lelaki paling hebat pada abad ini kerana mempunyai cinta sehebat sayang. Abang terlampau cintakan sayang. Sehingga tiada satu pun yang mampu memisahkan kita melainkan Allah. Tapi kesalahan abang yang satu itu mungkin telah meragut kasih dan cinta sayang pada abang.

Abang minta maaf sekali lagi..

Tapi abang berharap yang sayang tidak akan terus membenci abang..

Maafkan abang kerana pernah berkasar dengan sayang, itu adalah hal yang paling abang kesalkan seumur hidup abang.

Maafkan abang kerana abang tidak dapat mengesat air mata sayang ketika membaca surat ini.

Abang sayangkan Hanis..

Huzair cintakan Hanis..

Hanis wanita paling bermakna dalam hidup abang..

- Huzair Adha

Surat itu dibawa ke dada, teresak esak Hanis menangis. Tangannya memeluk kemas bingkai gambar itu. Sesekali dia mengesat air matanya.

"Hanis pun cintakan abang..", ujarnya perlahan.

"Abanglah lelaki yang paling Hanis cinta hingga akhir hayat Hanis. Tiada lelaki lain selain abang..", wajah Huzair di dalam gambar direnungnya.

"Hanis rindu sangat pada abang.. rindu sangat..", dipeluknya bingkai itu seerat yang mungkin. Air matanya laju mengalir di pipi.

Dalam Hanis melayan perasaannya, dia merasakan pinggangnya dipaut dan ubun ubunnya dicium.

"Abang pun rindu dekat sayang.." laju Hanis menoleh. Tangisannya langsung berhenti.

"Abang? Bila abang keluar hospital?", Soalnya hairan. Dia langsung tidak tahu menahu suaminya sudah discaj.

"Hari ni la..", pipi Hanis dicium Huzair.

"Tak bagitahu Hanis pun..", lengan Huzair dipukul perlahan. Sejak hari pembedahan, Huzair tidak menyedarkan diri selama seminggu. Doktor kata itu kesan sampingan daripada pembedahan.

Alhamdulilah Allah mendengar doanya, suaminya kini bebas kanser. Dan dia telah sihat sepenuhnya tanpa ada kesan sampingan lain.

"Macam manalah abang nak bagitahu. Telefon abang pun sayang pegang.", Hanis menepuk dahinya perlahan. Lupa pula dia.

Hanis terus memusingkan badannya menghadap Huzair lalu memeluk pinggang suaminya itu.

"Abang..", rengek Hanis.

"Ye sayang.."

"Hanis rindu abang.. lamanya abang tak bangun.. penat sayang tunggu tau.", Huzair tergelak perlahan. Dia mencium dahi Hanis.

"Sorry lah sayang. Lama pulak abang tidur.. sampai lupa cinta hati abang ni tengah tunggu abang.", Hidung Hanis dicuitnya.

Huzair melihat kertas yang dipegang Hanis sebelum dia mengeluh perlahan.

"Macam manalah sayang jumpa surat tu.", Rungutnya perlahan. Namun tak disangka sangka Hanis meleraikan pelukan lalu memukul bahunya.

"Aduh sayang.. sakitlah..", muncung Huzair sambil tangannya menggosok bahunya.

"Tahu pun! Siapa suruh tulis surat macam tu?"

"Hanis sedih ke?", Tanya Huzair. Dia memang dah nampak tadi Hanis sedang menangis sambil memeluk bingkai gambar yang dibawanya itu. Tahulah dia yang Hanis sudah baca surat itu.

"Sedih la, abang ni..", tersenyum Huzair melihat sikap manja isterinya itu.

"Nasib baik Hanis baca sekarang kalau tak nanti siapa yang nak pujuk Hanis kalau Hanis menangis?", ketawa kecil Huzair mendengar kata kata Hanis. Dahi isterinya dicium penuh cinta.

"Alololo nak abang pujuklah ni.", Hanis hanya mengangguk. Dia kembali memaut pinggang Huzair.

"Janganlah menangis.."

"Itu aje?"

"Habistu nak pujuk macam mana? Dah tua pun nak kena pujuk ke?", Gurau Huzair.

"Abang ni..", rengek Hanis sambil tangannya mencubit manja tangan Huzair.

"Abang gurau jelah sayang..", tersengih Huzair.

"Mana umi dan abah?", Soal Hanis. Patutlah tadi mereka keluar senyap senyap rupanya nak pergi jemput Huzair balik tanpa pengetahuannya.

"Ada tu kat luar.. sayang terkejut ke abang balik ni?"

"Terkejut la.. tiba tiba je muncul. Nasib baik tak mati kena serangan jantung.", Mereka berjalan beriringan keluar dari bilik.

"Wah ada harapan tu nak tambah lagi satu.."

"Apa?", Hanis menjegilkan matanya memandang Huzair. Pinggang Huzair dicucuknya. Menyesal pulak Huzair membuat lawak maut itu.

"Ha barulah nampak muka tuan puteri tu yang sebenar, kalau tak murung je..", tegur Puan Rozi yang sedang menyusun balang balang kuih di dalam kotak.

"Nasib baiklah.. nampak lah jugak senyuman sampai ke telinga dia tu. Kalau tak, tak lalu abah nak tengok.", Hanis tersengih mendengar usikan Encik Samad.

Rahsia Takdir Antara Kita Where stories live. Discover now