Bab 24

18.7K 603 7
                                    

KRING!

Bunyi telefon membantutkan niat Hanis menghampiri Huzair. Dia melihat telefon Huzair yang berdering.

"Amar? Kawan abang ke?", Bisik Hanis. Dia menekan punat menjawab dan melekapkan telefon ke telinganya.

"Assalamualaikum", Hanis terlebih dahulu menyapa.

"Err, waalaikumusalam. Huzair ada tak?", Amar sedikit terkejut apabila mendengar suara perempuan yang menjawab.

"Huzair dia pergi kedai kejap. Awak ada nak cakap apa apa ke pada Huzair? Nanti saya bagitahu dia.", Ujar Hanis. Sesekali dia melihat Huzair yang sedang membuat pesanan.

Matanya juga melirik ke arah perempuan tadi yang telah berlalu meninggalkan kedai Burger itu.

"Oh kalau macam tu takpelah. Kalau Huzair dah siap, suruh dia call saya balik eh? Assalamualaikum.", Amar terus meletak telefon.

"Waalaikumusalam.", Bisik perlahan Hanis.

Dia membelek telefon Huzair sambil berfikir nak melihat isi dalamnya. Dia akhirnya membuka peti mesej Huzair dan menarik skrin ke bawah.

Ada tiga mesej yang belum dibaca. Satu mesej daripada Amar.

' Huzair, aku nak call kau kejap.'

Hanis menarik lagi skrin. Satu lagi mesej daripada Datin Yasmin.

' Along jangan nak lama lama sangat bercuti. Balik cepat '

Hanis mengeluh. Mak mertuanya itu masih tidak menerimanya sebagai menantu lagi.

Dia menarik lagi skrin ke bawah. Mesej daripada jangan jawab itu.

Hanis sedikit gugup untuk membuka mesej tersebut.

"Sayang."

Hanis segera menutup telefon Huzair sambil memandangnya. Belum sempat dia mahu melihat mesej tersebut.

"Nah burger yang sayang nak tu.", Huzair menghulur burger tersebut kepada Hanis.

Hanis senyum keriangan sambil membuka balutan makanan tersebut.

"Abang tak makan ke?", Soal Hanis sambil menggigit burger.

Huzair hanya menggeleng. Dia hanya merenung isterinya sambil menongkat dagu.

"Hmm, abang.", Panggil Hanis. Mulutnya masih penuh dengan isi makanan.

"Aih, habiskan makanan dalam mulut tu dulu baru bercakap. Tak elok macam tu.", Kata Huzair.

Hanis mengunyah sampai habis sambil tersenyum simpul.

"Abang, tadi Hanis nampak abang bercakap dengan sorang perempuan. Siapa tu?", Soal Hanis membuatkan Huzair segera berdehem.

"Oh tu, pelancong mana entah tanya kat mana tandas. Lepastu abang tunjuk la.", Jawab Huzair sambil matanya memandang pantai di hadapannya.

Hanis hanya mengangguk. Dia baru teringatkan sesuatu.

"Oh abang. Tadi kawan abang ada telefon.", Kata Hanis. Dia mencapai telefon Huzair dan beri kepadanya.

Huzair mengangkat kening. "Siapa?"

"Nama dia Amar. Abang call la dia balik.", Ujar Hanis.

"Err, abang call jauh sikit eh. Nanti sayang dengar pulak rahsia lelaki abang dengan Amar.", Sengaja Huzair mengusik Hanis.

Hanis hanya menjeling sebelum kembali menikmati burgernya itu.

Huzair mengambil tempat yang agak jauh daripada Hanis. Dia mendail nombor Amar.

Rahsia Takdir Antara Kita Where stories live. Discover now