Bab 41

26.4K 707 43
                                    

Matanya dibuka perlahan lahan, dilihatnya lampu yang terang di siling. Silau matanya.

Dia memandang ke arah sekeliling, aku kat mana ni?

Dia cuba bangun, tapi bahagian bawahnya terasa sakit. "Aduh sakitnya.."

Puan Rozi yang terlena di tepi katil Hanis terjaga kerena terdengar suara anaknya itu.

"Dah Hanis. Jangan bangun, baring je. Kalau Hanis bangun nanti lagi sakit.", Ujar Puan Rozi perlahan. Sedih dia melihat keadaan Hanis.

Hanis memegang perutnya, dia tiba tiba teringatkan kejadian darahnya yang mengalir keluar tadi. Pandangannya dikalihkan ke Puan Rozi.

"Umi, apa yang terjadi kat Hanis tadi?", Soal Hanis. Dia tampak risau.

"Hanis..Hanis tadi terjatuh,nak. Lepastu..lepastu..", tergagap gagap Puan Rozi mahu berkata.

"Anak Hanis tak apa apa kan? Dia okay kan kat dalam ni?", Soal Hanis.

Puan Rozi nampak serba salah mahu menjawabnya. Hanis lihat mata wanita itu yang sudah berair. Tangan Hanis sudah dicapainya.

Berkerut Hanis memandang Puan Rozi, apa yang umi risaukan?

"Hanis.." air matanya sudah mengalir. Dia memandang sayu Hanis.

"Umi kenapa ni umi?", Tangan Puan Rozi digenggamnya. Nafasnya tidak teratur, dia benar benar risau.

"Anak Hanis okay kan?", Suaranya Makin mengecil, dia takut melihat Puan Rozi yang sudah menangis itu.

Puan Rozi terus bangun dan memeluk erat hanis yang sudah duduk itu. Hanis semakin dilanda rasa musykil.
Dia cuba meregangkan pelukan itu.

"Hanis keguguran, sayang. Anak Hanis dah tak ada.", Hanis terdiam.

Badannya terasa kaku, Puan Rozi dapat merasakan badan Hanis yang kian lemah. Dia mengeratkan lagi pelukkannya, dia tahu Hanis terkejut saat itu.

Hanis merasakan separuh nyawanya melayang pergi, habis tenaga dalam badannya dirasakan lenyap macam itu saja.

Perasaannya berkecamuk, dia tidak boleh menerima kenyataan. Cadar katilnya dicengkam. Perit dirasakan dalam kerongkongnya menahan tangis.

Hanis menggelengkan kepalanya, air matanya mengalir juga. Bergema wad pesakit itu dengan jeritan Hanis, hatinya yang sedia rapuh bertambah rapuh apabila mendapat tahu anaknya yang dikandung baru 12 minggu itu kini tidak lagi wujud di dalam rahimnya.

Puan Rozi mengusap perlahan belakang anaknya itu, dia juga turut menangis melihat kesengsaraan yang dihadapi Hanis. Ibu mana yang tidak sedih melihat anaknya menderita dengan kesedihan yang dialami.

Hanis yang tidak dapat menahan tangisannya menutup mulutnya sendiri dengan tangannya. Menangis dia dalam keadaan sayu. Dia tidak dapat mengawal diri ketika itu, dia tidak kuat untuk menghadapi ujian yang diberi Allah.

Macam mana lagi dia harus menguatkan diri, difitnah, dibuang suaminya, kandungan gugur. Ujian yang paling berat untuk Hanis menerimanya.

Pertama kali dalam hidupnya, dia merasakan dirinya amat tidak berguna. Dia merasakan yang dia tidak patut lahir di dunia yang penuh dengan kekejaman manusia ini.

***

Hanis merenung ke luar jendela, suasana yang sesak dengan kenderaan tidak langsung menarik perhatiannya. Dia hanya merenung kosong tanpa perasaan.

"Ini semua takdir, sayang. Hanis kena redha dengan apa yang terjadi." Pujuk Puan Rozi di sebelah.

Dahlia yang baru sahaja tiba hanya berdiri di sebelah Puan Rozi memandang simpati pada Hanis. Baru sahaja perasaan gembiranya datang kerana berita kehamilan Hanis, kini dilanda sedih dan simpati akan nasib yang menimpa adik iparnya itu.

Rahsia Takdir Antara Kita Where stories live. Discover now