Bab 36

19.6K 599 1
                                    

Tuan Marzuki menangis teresak esak. Dia tidak sangka anak kesayangannya sudah pergi meninggalkannya. Dia benar benar tidak percaya.

Puan Rina di sebelah tidak lepas pelukannya di bahu Tuan Marzuki. Dia juga turut berduka dengan apa yang berlaku.

Tiara memang tidak pernah melayannya baik daripada dulu, tapi dia tidak kisah dengan semua tu. Dia tetap sayangkan gadis itu macam anaknya sendiri.

Pusara Tiara yang baru ditanam itu disiram dengan air jernih, kemudian dia menaburkan bunga bungaan di atas tanah tersebut.

Puan Rina memimpin Tuan Marzuki yang masih lemah itu pulang ke rumah.

***

Datin Yasmin tersenyum. Rasakan kau perempuan, jangan mimpilah kau nak berjumpa dengan Huzair lepas ni.

Dua orang pengawal peribadi diupah Datin Yasmin untuk mengawal di depan pintu yang menempatkan Huzair.

Dia sudah memberitahu kepada dua orang pengawal tersebut supaya tidak membenarkan sesiapa masuk kecuali dia, Rasya dan juga Dato Jalal.

Selain daripada itu, tidak boleh sama sekali masuk untuk menjenguk Huzair.

Padan muka perempuan tu, menangislah air mata darah sekali pun, dia tak akan sesekali membenarkan dia berjumpa dengan Huzair.

***

Hanis dari semalaman tidak dapat tidur, kepalanya asyik teringatkan Huzair.

Macam manalah keadaan abang sekarang. Hanis nak tahu abang okay ke tak.

Dia menyeka air matanya dengan belakang tangannya.

Jam dikerling, dia merancang pukul 10 pagi nanti dia mahu bersiap untuk ke hospital melawat suaminya.

Keluarganya juga sudah diberitahu tentang Huzair dan mereka bercadang untuk melawat sekali bersamanya nanti.

Dia rasa amat bersalah dengan Huzair, Huzair keluar dalam keadaan marah pada dirinya. Pulak tu ditimpa pula dengan hal lain. Malang sangat ke diri dia?

Hanis mula berfikir semula dengan apa yang terjadi selama ini, semua yang berlaku mungkin juga disebabkan dirinya yang malang seperti yang diperkatakan Datin Yasmin. Dia mula berfikiran negatif terhadap diri sendiri.

Allah..dugaan apakah yang harus aku hadapi ini?

Tanpa membuang masa, dia segera menyiapkan diri untuk ke hospital.

Selepas bersiap, dia masuk ke dapur untuk memasak bubur untuk Huzair di hospital.

Walaupun dia tahu masakannya hanya sia sia saja, tapi dia tidak kisah. Mana tahu kuasa Allah, suaminya akan membuka matanya.

Notifikasi mesej di telefon dibacanya.
Mesej daripada Puan Rozi.

' Hanis pergi dulu ya hospital, nanti kami menyusul.'

Hanis hanya membalas mesej uminya dengan perkataan ' ok ' sahaja. Dia tiada rasa hendak menjawab panjang panjang.

***

Di dalam kereta, dia hanya memandu dengan perlahan. Hanya radio yang menemani sunyinya.

Kebiasaannya, mulut Huzair lah yang paling riuh apabila berada dalam kereta.

Percayalah ku akan mencinta
Seluruh hidupmu
Beri kau bahgiaku
Kerna aku merasakan cinta

Lirik lagu daripada Dinda permata sangat menyentuh perasaannya. Cinta, itulah yang rasa sepanjang bersama dengan Huzair.

Tidak pernah dia merasakan cinta setulus itu. Huzair memang betul betul takdir untuknya yang telah Allah tentukan.

Rahsia Takdir Antara Kita Where stories live. Discover now